Keputusan batal tayangan animasi promosi LGBT dibuat pengedar filem

June 17, 2022 · Isu semasa

Pembatalan tayangan filem animasi ‘Lightyear’ di Malaysia adalah keputusan pihak pengedar filem iaitu The Walt Disney Company (Malaysia) Sdn Bhd, menurut Lembaga Penapis Filem (LPF).

LPF dalam kenyataan hari ini menjelaskan filem tersebut telah diluluskan dengan arahan pengubahan yang sewajarnya, namun pengedar filem tidak bersetuju untuk mematuhi arahan berkenaan, lapor Bernama.

“LPF telah menonton tapis filem ‘Lightyear’ dan telah memberikan keputusan Lulus Dengan Pengubahan (LDP) berserta klasifikasi P13 pada 30 Mei lepas.

“LPF mengarahkan supaya dibuat pengubahan (potongan) bagi adegan dan disenyapkan (mute) dialog yang didapati mengandungi elemen mempromosi gaya hidup lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) yang telah melanggar aspek utama di dalam Garis Panduan Penapisan Filem, Kementerian Dalam Negeri 2010,” katanya.

Berdasarkan kepada peruntukan Akta Penapisan Filem 2002 [Akta 620] dan Garis Panduan Penapisan Filem, Kementerian Dalam Negeri 2010, aspek-aspek yang akan dipertimbangkan oleh LPF sebelum meluluskan kandungan filem atau bahan publisiti filem termasuk keselamatan dan ketenteraman awam, keagamaan, sosiobudaya, dan ketertiban serta ketatasusilaan.

Menurut kenyataan itu, LPF akan terus komited melaksanakan tanggungjawab penapisan filem dan bahan publisiti filem yang ditayangkan atau dipamerkan untuk tontonan masyarakat umum di Malaysia.

LPF juga bertegas tidak akan berkompromi dengan kandungan filem yang mempromosi atau cuba menormalisasi unsur-unsur LGBT yang bertentangan dengan dasar negara yang tidak mengiktiraf gaya hidup LGBT.

Sebelum ini, filem Lightyear menjadi perbualan di media sosial susulan tidak akan ditayangkan di 14 negara Timur Tengah dan Asia termasuk Malaysia kerana mengandungi babak berunsur budaya songsang LGBT.

Filem itu yang sepatutnya membuka tirai di pawagam hari ini, merupakan prekuel kepada francais Toy Story yang diiktiraf oleh Pixar dan ia berkisar mengenai seorang renjer angkasa legenda.

Berita berkaitan
Lebih 20,000 pendatang tanpa izin pulang secara sukarela
June 25, 2022· Isu semasa
Filem Mat Kilau bakal jadi biopik terhebat alaf ini
June 25, 2022· Isu semasa
Individu guna khidmat pengiring tanpa kebenaran juga akan diambil tindakan
May 11, 2022· Isu semasa
Malaysia pertimbang keluar kad sendiri kepada pelarian, bukan UNCHR tentukan
April 29, 2022· Isu semasa
Popular
Bank saman bekas presiden, 17 lagi isu pinjaman RM400 juta: Laporan
June 29, 2022
Zahid sakit pula, perbicaraan petang ini disambung esok
June 29, 2022
Zahid setuju dia diberi ruang luas bela diri di mahkamah
June 29, 2022
Polis rampas senjata api tempur, tahan adik ketua geng Tiger
June 28, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Laidlaw tak layak wakili Najib, kata peguam KL kepada mahkamah
22 minit lalu · Isu semasa
Wan Fayhsal sahut cadangan potong gaji Menteri untuk bantu rakyat
53 minit lalu · Isu semasa
PM umum pasukan petugas khas tangani inflasi
2 jam lalu · Isu semasa
Pendakwaan kata hakim kes SRC Najib tiada konflik kepentingan
2 jam lalu · Isu semasa
Mustapa nafi seleweng dana UMNO, tak terima tekanan sertai Bersatu
2 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tajuddin sedia jadi calon Bebas atau Pas jika UMNO ‘main kasar’
June 27, 2022
[VIDEO] Zahid wajar fokus kes mahkamah, mudah-mudahan selamat, sindir Tajuddin
June 27, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok