Keperluan rawatan kanser holistik

August 27, 2022 · Isu semasa

Sebut tentang kanser, kebiasaannya tumpuan sering terarah kepada pesakit dan ramai terlupa mengenai sosok penting yang menjadi tulang belakang pesakit itu.

Bukan mudah menjaga pesakit berhadapan dengan penyakit serius kerana penjaga perlu menguruskan pelbagai aspek seperti keperluan fizikal, pengangkutan, kewangan, tugas yang ditinggalkan dan tidak kurang penting, menjaga emosi pesakit.

Ada yang perlu mengorbankan masa mereka untuk pesakit kanser, tidak kurang juga terpaksa mengambil cuti, berhenti kerja dan mengeluarkan perbelanjaan besar bagi membantu pesakit.

Justeru, Penjagaan Kanser Bersepadu diperlukan bagi membantu pesakit kanser dan dalam masa sama penjaga mereka dapat menguruskan pesakit dengan baik.

Menurut Perunding Onkologi Perubatan di Hospital Beacon dan Hospital Avisena,Dr. Azura Rozila Ahmad, Penjagaan Kanser Bersepadu adalah kaedah rawatan kanser menyeluruh (holistik) yang bertujuan untuk menyokong keperluan pesakit kanser termasuk penjaga (caregiver) secara prihatin dan efektif.

“Penjagaan Kanser Bersepadu mengambil kira keperluan rawatan seperti kesihatan emosi, jasmani dan juga rohani. Aspek luar daripada kesan perawatan kanser tidak boleh diabaikan dan boleh menjadi faktor penting yang boleh membantu kualiti kehidupan pesakit dan juga penjaga. Malah, penjagaan sebegini dapat memberi sokongan dan keyakinan kepada pesakit untuk meneruskan rawatan,” jelasnya.

Mengulas peluang pesakit kanser tahap empat untuk sembuh, Dr. Azura memberitahu, rawatan kanser moden semakin pesat berubah, menghasilkan banyak rawatan berteknologi tinggi yang lebih efektif yang mampu merubah nasib pesakit kanser.

Ini dapat dibuktikan melalui statistik negara maju seperti United Kingdom menunjukkan kadar sembuh telah meningkat daripada 25 peratus pada 1970-an kepada 50 peratus pada dekad ini.

Tambah beliau, faktor ini berpunca daripada sistem kesihatan mereka telah menjayakan polisi kebangsaan yang komprehensif iaitu ada program saringan awal, pemastian dan pemantauan fasiliti rawatan yang baik, dan pemberian sokongan untuk pesakit (survivorship care).

“Ada juga pesakit kanser tahap empat yang masih lagi boleh sembuh. Pesakit kanser tahap empat seperti penghidap limfoma atau kanser testis yang menerima rawatan yang sesuai masih boleh sembuh. Ada juga pesakit kanser tahap empat yang mempunyai kanser yang tidak banyak merebak daripada kanser primer yang boleh juga disembuhkan.

“Ubat bersasar pertama dunia telah diluluskan oleh badan regulasi ubatan (FDA; Food and Drug Administration) di Amerika Syarikat sejak 1998. Kini, terdapat banyak rawatan bersasar (precision medicine) dalam bidang onkologi.

“Oleh itu, lebih ramai pesakit kanser tahap empat juga mampu mendapat manfaat untuk hidup lebih lama sekiranya mendapat rawatan yang sesuai. Rawatan imunoterapi juga mencetuskan kejayaan rawatan yang tidak disangka-sangka untuk kanser tertentu,” jelasnya.

Selain rawatan, Dr. Azura menegaskan, langkah pencegahan adalah kaedah efektif untuk mengurangkan beban kanser.
Tambah beliau, langkah yang menggalakkan pengesanan peringkat awal juga perlu ditingkatkan.

“Kepentingan gaya hidup dan tabiat makan yang sihat dengan diet seimbang untuk menjamin berat badan yang wajar sepanjang hayat boleh dipraktikkan oleh setiap individu sejak kecil lagi. Bersenam, tidak merokok dan mengurangkan alkohol mesti ditekankan dalam masyarakat supaya kesihatan berterusan terjamin dan mengurangkan kes kanser.

Berita berkaitan
Hadi dibenar keluar hospital, berehat di rumah
July 2, 2023· Politik
Orang kuat PKR doakan kematian Hadi, Dr Mahathir: Laporan
July 1, 2023· Politik
Derma darah – Selamatkan insan yang memerlukan
June 28, 2023· Isu semasa
Tajaan JPA bagi bidang perubatan pergigian dan farmasi dihentikan
June 10, 2023· Isu semasa
Popular
Hassan pertahan pendedahan bekalan barang terputus kerana ia adalah fakta
September 26, 2023
Jangan gopoh, kata Mat Sabu ulas gesaan halang warga asing beli beras
September 26, 2023
Kumpulan peguam persoal PH dan PMX membisu hukuman penjara Wan Ji
September 26, 2023
Perbicaraan Ebit Liew: Saksi beritahu pemacu pena ada bahan berunsur lucah
September 26, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Hassan pertahan pendedahan bekalan barang terputus kerana ia adalah fakta
15 jam lalu · Isu semasa
Bunuh teman wanita: Bekas pemandu bas terlepas hukuman gantung, dipenjara 40 tahun
15 jam lalu · Isu semasa
Perbicaraan Ebit Liew: Saksi beritahu pemacu pena ada bahan berunsur lucah
16 jam lalu · Isu semasa
Jangan gopoh, kata Mat Sabu ulas gesaan halang warga asing beli beras
21 jam lalu · Isu semasa
Permohonan lelaki bunuh kekasih hamil dirujuk psikiatri ditolak mahkamah
22 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Rakyat jangan emosi warga asing beli barangan subsidi, isu sengaja diperbesarkan
15 jam lalu
[VIDEO] Saya bukan saintis, boleh belajar proses REE dari Lynas, kata menteri
19 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok