Kenyataan tular larang azan di India bukan Malaysia, kata Bukit Aman

April 27, 2022 · Isu semasa

Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan bahawa kenyataan yang tular di media sosial baru-baru ini berhubung larangan laungan azan menggunakan pembesar suara bukan dikeluarkan di Malaysia sebaliknya berlaku di Pune, India.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata arahan itu dibuat oleh Presiden Maharashtra Navnirman Sena iaitu Raj Thackeray dan dilaporkan dalam sebuah portal The New Indian Express pada 17 April lepas.

Beliau berkata Raj juga turut mengarahkan agar membuang semua pembesar suara dari masjid sebelum 3 Mei ini dan mengumandangkan ‘Hanuman Chalisa’ (puisi untuk dewa) di hadapan masjid jika arahan itu gagal dipatuhi, lapor Bernama.

“Selain itu, PDRM juga sedang menjalankan siasatan terhadap pemilik akaun TikTok dikenali sebagai ‘Syierabahari_ ‘ yang dilihat mengulas isu berkenaan secara provokasi dan berkemungkinan boleh menggugat ketenteraman serta keharmonian kaum di negara ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata siasatan dijalankan mengikut peruntukan Seksyen 505 (c) Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan dengan niat mengapikan mana-mana golongan atau kaum dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

Abd Jalil berkata siasatan masih diteruskan dan PDRM menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan.

“PDRM turut menasihatkan orang ramai agar cakna dan prihatin terhadap isu-isu yang menyentuh sensitiviti agama dan kaum.

“Tindakan tegas tanpa kompromi bakal diambil terhadap mana-mana individu yang sengaja menggugat ketenteraman serta keselamatan awam,” katanya.

Sebelum ini tular di media sosial, seorang lelaki dikenali sebagai Raj Thackeray dalam laporan sebuah portal mengarahkan agar membuang semua pembesar suara dari masjid sebelum 3 Mei ini dan mengumandangkan ‘Hanuman Chalisa’ (puisi untuk dewa) di hadapan masjid jika arahan itu gagal dipatuhi.

Sementara itu, pemilik akaun TikTok @syierabahari_ hari ini menafikan memuat naik perkara itu untuk tujuan menghasut.

“Tetapi didalam video Syiera tiada kata-kata hasutan atau apa-apa yang boleh menyebabkan pergaduhan antara agama lain.

“Lagipun Syiera telah buat report pun kepada orang yang rasa benda ini atau yang cuba menyebarkan perkara itu yang telah diturunkan untuk tujuan hasutan dan sebagainya,” katanya dalam kenyataan semalam.

Berita berkaitan
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024· Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Polis segerakan siasatan dalam kes langgar pelajar sehingga maut
December 16, 2023· Isu semasa
Agus dipanggil beri keterangan esok terhadap dakwaan gangguan seksual
December 13, 2023· Politik
Popular
Covid-19: 76 kematian semalam, Selangor lepasi 700,000 kes positif
October 21, 2021
Selepas disaman Rafizi kata hanya mahu penjelasan Tuan Ibrahim
January 25, 2023
Semua pihak perlu peka isu buli
December 15, 2021
Selama tiga minggu berturut-turut pelabur asing lari dari Malaysia
March 20, 2023
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok