Kenyataan kebebasan media Ismail Sabri tak cerminkan kata sebenar

September 16, 2022 · Isu semasa

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tindak balas Perdana Menteri terhadap dakwaan campur tangan dalam media tempatan, sepatutnya memberi keyakinan kepada negara.

Bagaimanapun kata Presiden PKR itu, kenyataan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung kebebasan media sebenarnya tidak mencerminkan ‘kata-katanya’.

Sebagai Perdana Menteri, Anwar berkata Ismail Sabri seharusnya menyemai kepercayaan dalam kalangan rakyat termasuk terhadap agensi penguatkuasaan undang-undang serta memberi keyakinan bahawa kebebasan media dilindungi.

Anwar menambah, UMNO turut melancarkan serangan terhadap agensi media hanya kerana para pemimpin parti itu berdepan sabitan kes rasuah, selain mendesak Perdana Menteri untuk mengadakan pilihan raya pada November.

“Tanpa tonggak ini teratur, keyakinan terhadap ekonomi kita akan berkurangan dan pelabur akan terus menjauhi Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ahli Parlimen Port Dickson itu menambah beliau mendukung dan percaya dengan kebolehan media dan berterima kasih dengan sumbangan mereka selama ini dalam memperkukuhkan demokrasi Malaysia.

Jelas Anwar, di bawah kepimpinannya PH akan memelihara, melindungi serta meningkatkan kebebasan media melalui pembaharuan undang-undang, pelaburan dalam pendidikan serta latihan kepada pihak media.

Sehubungan itu, beliau menyeru rakyat Malaysia untuk bersama-sama mengutuk tindakan gangguan parti politik terhadap entiti media, yang disifatkan boleh mengancam demokrasi negara.

Anwar turut meluahkan kebimbangan terhadap percubaan untuk menakut-nakutkan wartawan dan campur tangan terhadap kebebasan media seperti yang pernah dilakukan kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk menutup beberapa skandal, termasuk 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Kerajaan ini katanya, tidak sabar-sabar untuk mengembalikan negara ke zaman tanpa kebebasan media dengan membenarkan skandal mega seperti projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), 1MDB, kapal tempur pesisir pantai (LCS), yang menyebabkan kerugian berbilion ringgit dana awam.

Berita berkaitan
UMNO diramal hilang separuh sokongan akar umbi, kata KJ
26 minit lalu· Politik
Dana judi: Tarik balik kenyataan, minta maaf kata PAS
4 jam lalu· Politik
Wakil kerajaan jumpa Tuan Ibrahim tawar kerjasama juga
6 jam lalu· Politik
Kes RM27 juta SRC: Peguam Najib minta segera perbicaraan jika kes tak digugurkan
8 jam lalu· Politik
Popular
Gabenor BNM, jangan bagi kenyataan gula-gula, tegur MP kerajaan
May 28, 2023
KBS jawab Ismail Sabri, peruntukan RM20 juta bina litar tak pernah diluluskan
May 29, 2023
Hadi ucap tahniah atas kemenangan Erdogan
May 29, 2023
Kerajaan perlu telus, banyak persoalan LCS belum terjawab : TI-M
May 29, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Menu Rahmah berjaya turun inflasi harga makanan, kata Salahuddin
59 minit lalu · Isu semasa
Ringgit ditutup rendah, harga minyak juga jatuh
2 jam lalu · Isu semasa
Projek Aerotropolis: Sanusi kata susah betul nak dapat jumpa PMX
2 jam lalu · Isu semasa
Raja Arshad dilantik sebagai Pengerusi baharu PNB bermula 1 Jun
3 jam lalu · Isu semasa
Zahid mahu SKMM ambil tindakan terhadap Telegram
3 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] KJ syor Tengku Zafrul calon MB Selangor jika PH-BN menang di Selangor
7 jam lalu
[VIDEO] UMNO salah langkah, akan tersasar jika terus bersama DAP
May 28, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok