Kenyataan bertulis, lisan saksi bercanggah: Hakim minta dokumen

July 25, 2022 · Isu semasa

Pendakwa raya dalam perbicaraan kes rasuah Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hari ini diperintah memberikan keterangan bertulis saksi utama mereka Rafiq Hakim Razali kepada Mahkamah Tinggi selepas pihak pembelaan meminta berbuat demikian.

Pesuruhjaya Kehakiman Azhar Abdul Hamid berkata beliau mahu kenyataan bertulis Rafiq kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum tamat prosiding hari ini supaya mahkamah boleh menjadualkan tarikh perbicaraan seterusnya.

“Selepas pertimbangan yang teliti, saya percaya pihak pembelaan telah membuktikan percanggahan dalam kenyataan lisan dan bertulis saksi. Pihak pendakwaan juga telah bersetuju bahawa percanggahan ini wujud.

“Oleh itu saya minta pihak pendakwaan memberikan salinan keterangan saksi kepada mahkamah untuk diteliti dan menetapkan tarikh perbicaraan seterusnya,” katanya menurut laporan MalayMail.

Timbalan Pendakwa Raya Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin Azhar kemudian bertanya sama ada Azhar mahu kenyataan itu diserahkan secara peribadi dengan bahagian keterangan bercanggah itu diketengahkan.

Peguam bela Syed Saddiq, Gobind Singh Deo sebelum ini meminta mahkamah meneliti keseluruhan kenyataan bertulis Rafiq seperti yang direkodkan SPRM dengan alasan terdapat beberapa bahagian yang seolah-olah bercanggah dengan keterangan lisan saksi pendakwaan di mahkamah.

Ini adalah kali kedua pihak pembelaan meminta supaya Rafiq didakwa.

Pada 7 Julai, pihak pembelaan memohon untuk mendakwa Rafiq kerana keterangan lisannya di mahkamah berbeza daripada kenyataan bertulisnya yang disediakan pegawai SPRM.

Pada masa itu, Azhar berkata mahkamah tidak boleh mendakwa bekas penolong bendahari Bersatu itu berdasarkan satu dokumen.

Rafiq adalah pendakwa utama dalam perbicaraan di mana Syed Saddiq dituduh bersubahat dengannya untuk mengeluarkan RM1 juta dana milik sayap Pemuda Bersatu (Armada).

Ahli Parlimen Muar itu didakwa melakukan kesalahan di CIMB Bank Bhd, Menara CIMB KL Sentral, Jalan Stesen Sentral 2, di sini pada 6 Mac 2020.

Dia juga didakwa menyalahgunakan harta untuk dirinya sendiri iaitu RM120,000 daripada akaun Maybank Islamic Bhd milik Armada Bumi Bersatu Enterprise dengan menyebabkan Rafiq melupuskan wang itu di Malayan Banking Berhad, Jalan Pandan 3/6A, Taman Pandan Jaya di sini antara 8 dan 21 April 2018.

Syed Saddiq turut berdepan dua pertuduhan terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram, iaitu dua transaksi RM50,000, dipercayai hasil daripada aktiviti menyalahi undang-undang, daripada akaun Maybank Islamic Bhd miliknya ke dalam akaun Amanah Saham Bumiputeranya, pada 16 dan 19 Jun 2018.

Rafiq sebelum ini memberi keterangan bahawa beliau telah diberitahu oleh Syed Saddiq untuk mengeluarkan wang itu daripada bank kerana wang itu adalah hasil usahanya mengumpul dana untuk berkempen di kawasan Muar.

Tetapi Gobind mendakwa Rafiq sedang dilatih oleh timbalan pendakwa raya dan pegawai SPRM mengenai apa yang perlu dikatakan dalam perbicaraan supaya dia akan mengaitkan Syed Saddiq.

Berita berkaitan
Kes 1MDB: Saksi mengaku gagal kendali akaun Najib
23 jam lalu· Isu semasa
Kes rasuah Bung Moktar dan isteri ditetapkan untuk sebutan 27 Mac
January 27, 2023· Isu semasa
Hakim baharu dalam rayuan bekas menteri Sabah terhadap sabitan dan hukuman
January 27, 2023· Isu semasa
Rehatkan Zahid sebagai TPM untuk fokus kes mahkamah, kata Peja
January 26, 2023· Politik
Popular
Formula baharu Rafizi, perluas model pekerja sambilan bagi pengusaha restoran
January 27, 2023
Kos tunai haji 2023 naik RM31,000
January 16, 2023
Strategi hadapi krisis ekonomi 2023
January 28, 2023
Hakim baharu dalam rayuan bekas menteri Sabah terhadap sabitan dan hukuman
January 27, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Strategi hadapi krisis ekonomi 2023
7 jam lalu · Isu semasa
Formula baharu Rafizi, perluas model pekerja sambilan bagi pengusaha restoran
17 jam lalu · Isu semasa
Pemimpin PAS dan Bersatu berkumpul di depan Kedutaan Sweden, tiada pemimpin UMNO
24 jam lalu · Isu semasa
Kes bunuh pengawal keselamatan, tertuduh dijatuhi hukuman mati
24 jam lalu · Isu semasa
LRT Ampang tergendala: landasan bengkok, struktur jejambat rosak
January 27, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Ustaz Ahmad di majlis kutipan dana PRN Pas Kedah
11 jam lalu
[VIDEO] Noh Omar boleh rayu lagi walaupun sabotaj 16 kali, kata Megat Zulkarnain
12 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok