Kenduri, aktiviti ziarah Aidiladha punca kes naik di Terengganu

August 1, 2021 · Isu semasa

Punca peningkatan jangkitan Covid-19 di Terengganu disebabkan terdapat segelintir individu yang berdegil mengadakan kenduri secara sembunyi dan aktiviti ziarah Aidiladha, kata Menteri Besar Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Peningkatan kes turut disumbangkan oleh aktiviti penduduk yang tidak mengikut prosedur operasi standard (SOP) dengan merentas negeri dan daerah semasa perayaan baru-baru ini.

“Termasuklah aktiviti merentas negeri dan daerah semasa perayaan (Aidiladha) walaupun ia tidak dibenarkan,” katanya dalam satu kenyataan menerusi video yang dimuat naik di laman sosial Facebook miliknya.

Semalam, Terengganu merekodkan peningkatan mendadak kes harian baharu positif COVID-19 iaitu sebanyak 883 kes melibatkan 860 kes penularan tempatan, sekali gus mencatatkan angka tertinggi yang direkodkan sejak pandemik itu melanda.

Selain itu Ahmad Samsuri berkata peningkatan kes turut disebabkan saringan kontak rapat dan saringan bersasar yang dijalankan di beberapa lokaliti di seluruh negeri ini, serta kewujudan kes-kes bergejala berpunca daripada penularan yang pantas dalam komuniti.

“Terdapat juga kemasukan pekerja kontrak warga asing dari luar Terengganu yang tidak disaring dan mencetuskan kluster antara mereka,” katanya.

Sehubungan itu, katanya, kerajaan negeri menerusi Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu dengan kerjasama pihak penguat kuasa pelbagai agensi termasuk Polis Diraja Malaysia, akan memperhebatkan aktiviti kawalan dan saringan kontak rapat serta saringan di lokaliti berisiko yang telah dikenal pasti.

“Susulan daripada aktiviti pengesanan ini kita menjangkakan peningkatan kes dalam masa dua minggu akan datang,” katanya.

Selain itu katanya, kerajaan negeri akan berusaha memohon penambahan vaksin supaya proses vaksinasi di kawasan kritikal yang mencatatkan bilangan kes yang tinggi, terutama di Kemaman dan Dungun, dapat dipertingkat dengan kadar segera.

Beliau turut meminta seluruh rakyat Terengganu supaya terus mematuhi SOP bagi mencegah penularan COVID-19 walaupun negeri ini telah berada dalam fasa kedua Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Banjir: Kelantan dan Perak catat peningkatan mangsa dipindahkan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Iklan ‘duit raya’ GDBET333 dinyahaktif
April 16, 2021
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Bahasa Melayu bahasa rakyat Malaysia
April 9, 2022
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok