
Aliran trafik di lebuh raya utama lancar.
Lebuh raya utama menuju ke ibu kota, Kuala Lumpur semakin sesak susulan peningkatan jumlah kenderaan yang pulang selepas berakhir cuti Hari Raya Aidilfitri.
Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), aliran trafik tinggi berlaku di Projek Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) membabitkan laluan arah selatan di Permatang Pauh-Hentian Juru, Bukit Gantang-Bukit Berapit dan Simpang Pulai-Gopeng pada pukul 10.39 pagi tadi.
Selain itu, satu kemalangan di laluan Tapah-Gopeng (KM 308.5 arah Utara) menyebabkan lorong kanan terhalang dan berlaku trafik sesak di kedua-dua arah 5.4 km arah Selatan dan 2.8 km arah utara.
Dalam pada itu, status trafik lebuh raya timur berjalan lancar termasuk lokasi di sekitar Plaza Tol utama seperti Gombak, Bentong, Karak dan Kuala Terengganu setakat pukul 7.39 pagi.