Kenderaan elektrik mampu milik di Malaysia jadi tumpuan MITI

February 19, 2023 · Isu semasa

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menggalakkan pengenalan lebih banyak kenderaan elektrik (EV) mampu milik di Malaysia bagi memajukan industri EV negara.

Timbalan Ketua Setiausaha Industrinya, Datuk Seri Norazman Ayub berkata akan ada kenderaan EV berharga serendah RM120,000 di bawa masuk ke Malaysia pada suku kedua tahun ini.

“Kami menggalakkan pengimportan lebih banyak EV terutamanya dari China kerana kami mahu mempunyai EV yang mampu dimiliki oleh rakyat,” katanya semasa menyampaikan ucaptama pada majlis makan malam ulang tahun platinum ke-70 Persatuan Elektrik dan Elektronik Malaysia.

Oleh itu, daripada segi infrastruktur pengecasan, kerajaan menyasarkan untuk menyediakan sekurang-kurangnya 10,000 unit kemudahan pengecasan awam menjelang 2025.

“Kami akan bekerjasama dengan syarikat konsesi lebuh raya seperti PLUS Expressways Bhd untuk stesen pengecasan.

“Kami ingin menjemput mana-mana pelabur tertentu bagi melabur dalam stesen pengecasan untuk menjadi sebahagian daripada pembangunan ekosistem EV,” katanya.

Sebelum ini, Menteri MITI Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata Malaysia komited untuk menarik pelaburan dalam industri EV dan mencapai sasaran negara dalam menghasilkan kenderaan elektrik, termasuk hibrid, menyumbang 15 peratus daripada jumlah keseluruhan industri menjelang 2030.

Tengku Zafrul berkata kerajaan memberi keutamaan kepada pembangunan ekosistem EV serta Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan juga sedang merangka pekeliling bagi memudahkan proses kelulusan stesen pengecasan di peringkat kerajaan tempatan.

Berita berkaitan
Terdapat syarikat tandatangan MoU di China tiada rekod prestasi: Johari
May 22, 2023· Isu semasa
Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak dilantik Pengerusi HDC baharu
May 20, 2023· Politik
Calon UMNO kalah PRU dilantik jadi Pengerusi MATRADE baharu
May 2, 2023· Isu semasa
Pelaburan pada 2022 sejumlah RM264.6 bilion, bakal wujudkan 140,370 pekerjaan baharu
March 8, 2023· Isu semasa
Popular
Tiada lagi subsidi ayam dan telur pada 1 Julai: Mat Sabu
June 8, 2023
PAC panggil 4 kementerian, 1 GLC minggu depan
June 8, 2023
Anak saudara Sivarasa bebas tuduhan rasuah
June 8, 2023
Speaker tolak usul bahas skandal LCS, tapi kenapa kerap dibincang semasa PRU?
June 8, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kalimah Allah: Titah Sultan Selangor bermakna kerajaan belum rujuk Majlis Raja-Raja
3 jam lalu · Isu semasa
Undi pos bagi PRN 6 negeri dibuka 15 Jun ini : SPR
5 jam lalu · Isu semasa
PAC panggil 4 kementerian, 1 GLC minggu depan
7 jam lalu · Isu semasa
Hans Isaac kini Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia
10 jam lalu · Isu semasa
Kedah tawar pinjaman pendidikan buat pelajar yang layak ke IPTA, IPTS
11 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Pemuda menangis teruk Najib dapat anugerah
10 jam lalu
[VIDEO] Gelombang sudah ada, PN tetap usaha menang PRN enam negeri
June 7, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok