Kenderaan berat dilarang masuk KL semasa waktu puncak elak kesesakan

June 6, 2022 · Isu semasa

Semua pengendali syarikat atau pemandu kenderaan barangan membabitkan kenderaan berat dilarang memasuki jalan raya utama di Kuala Lumpur.

Larangan itu berkuatkuasa serta-merta ke atas semua kenderaan berat dengan muatan (BDM) melebihi 7,500 kilogram dari jam 6.30 pagi hingga 9.30 pagi dan 4.30 petang hingga 7.30 malam setiap hari.

Arahan tersebut dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) selepas hasil pemantauan mendapati terdapat pergerakan kenderaan berat memasuki laluan waktu terhad ke pusat bandar raya pada waktu kemuncak iaitu sebelah pagi dan petang yang menyumbang kepada kesesakan lalu lintas serta menjejaskan kelancaran aliran trafik di Lembah Klang.

“Jalan raya di bandar-bandar utama diwartakan sekatan sekurang-kurangnya lima kilometer dari pusat bandar, bermula dari pintu masuk pusat bandar dengan meletakkan satu papan tanda khusus di mana dicatat waktu yang tidak dibenarkan untuk kenderaan berat masuk.

“Kenderaan berat tidak dibenarkan masuk bermula jam 6.30 pagi hingga 9.30 pagi, manakala sebelah petang bermula jam 4.30 petang hingga 7.30 malam,” kata kenyataan JPJ hari ini.

Lokasi laluan yang dikuatkuasakan Peraturan Larangan Waktu Terhad pada waktu pagi dan petang ialah semua jalan Pusat Bandar Kuala Lumpur, Jalan Kuching bermula dari Taman Wahyu di Jalan Ipoh hingga ke pusat bandar, Jalan Genting Klang bermula dari Kolej TAR hingga ke pusat bandar dan Jalan Cheras bermula dari Taman Midah hingga ke pusat bandar.

Selain itu, Jalan Cheras bermula dari Taman Midah ke pusat bandar Kuala Lumpur, Lebuhraya PLUS bermula kawasan Rehat dan Rawat (RnR) Rawang hala ke Kuala Lumpur dan Plaza Tol Bukit Raja, Klang hala ke Kuala Lumpur, Jalan Tun Razak, Jalan Istana, Jalan Segambut dan Jalan Sentul.

Jalan raya yang diwartakan sekatan hanya pada sebelah petang pula ialah Jalan Kepong, Jalan Ipoh bermula dari Bulatan Kepong hingga Jalan Batu Caves, Lebuhraya Karak, Jalan Gombak bermula dari Jalan Kampung Bandar Dalam hingga sempadan Kuala Lumpur, Jalan Genting Klang dan Jalan Cheras bermula dari Jalan Pudu hingga Jalan Tenteram.

Sekatan turut di Jalan Sungai Besi bermula dari Jalan Kuchai Lama hingga Lebuhraya Kuala Lumpur – Seremban, dan Jalan Kelang Lama dari Lebuhraya Persekutuan hingga Kuchai Lama.

Tambah kenyataan itu, larangan kenderaan barangan memasuki jalan raya utama di ibu kota sudah lama dikuatkuasakan namun sejak negara memasuki fasa endemik, berlaku pertambahan kenderaan di jalan-jalan raya termasuk pemandu kenderaan berat turut berada di jalan raya pada waktu sekatan.

“JPJ ingin menasihatkan pemandu dan pengendali syarikat pengangkutan kenderaan barangan untuk memastikan pematuhan sepenuhnya kepada Peraturan Larangan Waktu Terhad yang diwartakan bagi jalan-jalan tertentu.

“Sekiranya ingkar, mereka boleh dikenakan tindakan kompaun tidak melebihi RM300 atau boleh didakwa di mahkamah yang mana denda yang boleh dikenakan tidak kurang RM300 dan tidak melebihi RM2,000,” kata kenyataan itu lagi.

Berita berkaitan
Loke sahkan tiada diskaun saman JPJ akan diberikan
December 9, 2023· Isu semasa
Mahkamah kembalikan perintah pengharaman buku Gay is Okay! A Christian Perspectiveā€¯
September 25, 2023· Isu semasa
Dron tidak dibenarkan penggunaan sebelum dan pada sambutan Hari Kebangsaan
August 29, 2023· Isu semasa
Tular berucap di masjid, JAIS siasat Fahmi
July 31, 2023· Isu semasa
Popular
Ceroboh ruang udara: Malaysia kemuka bantahan, panggil Duta China
June 1, 2021
Tiada bekalan telur ayam di Terengganu, mana Mat Sabu?
December 19, 2022
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Tiada diskaun cukai taksiran hartanah di KL tahun ini: DBKL
January 9, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024 · Isu semasa
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024 · Isu semasa
Laman akaun Facebook tak boleh diakses jutaan pengguna
March 5, 2024 · Isu semasa
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok