Kenapa lembu pakai songkok, bersamping?

Tular di media sosial hingga menimbulkan kemarahan masyarakat Melayu apabila binaan replika seekor lembu dipakaikan ‘songkok’ dan ‘berkain samping’ di Pulau Pinang.

Bukan itu sahaja, malah pada leher binaan lembu itu tergantung replika ketupat, konon untuk meraikan sambutan Aidilfitri beberapa hari lagi.

Sehubungan itu, satu laporan polis telah dibuat seorang warga prihatin di Balai Polis Jalan Patani, Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut, Pulau Pinang, semalam.

Menurut pengadu, Idrees Ishak, beliau dimaklumkan mengenai satu kiriman di dalam Facebook berkenaan patung haiwan gergasi seakan-akan lembu memakai songkok di Bulatan Jalan Bukit Bendera, Ayer Itam.

Katanya, dia meninjau lokasi yang dimaksudkan bagi memastikan kebenaran dakwaan itu.

Selepas melihat sendiri perkara itu dia terus ke balai polis untuk membuat laporan supaya siasatan dapat dijalankan kerana menganggap secara tidak langsung telah menghina umat Islam.

Patung lembu yang dipakaikan songkok dan berkain samping di Bulatan Jalan Bukit Bendera, Ayer Itam, Pulau Pinang mencetuskan kemarahan umat Islam.

BERITA BERKAIT
POPULAR