Kenapa kami Keluarga Malaysia M40 sering dianaktirikan?

June 23, 2022 · Isu semasa

Kerajaan harus menghulurkan pemberian tunai kepada golongan berpendapatan sederhana (M40) untuk membantu mengurangkan kesan kenaikan harga, kata netizen.

Mereka berkata demikian ketika memberi ulasan kepada pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam bahawa kerajaan akan memberikan pelepasan tunai tambahan sebanyak RM100 kepada isi rumah B40 dan RM50 untuk bujang.

Kumpulan pendapatan M40 merujuk kepada pendapatan isi rumah antara RM4,851 dan RM10,970 sebulan.

Semalam, Ismail Sabri mengumumkan bantuan bayaran tambahan RM100 kepada penerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) ekoran cabaran kos sara hidup dan kenaikan harga barang makanan dihadapi rakyat ketika ini.

Beliau berharap dengan bantuan tambahan tersebut akan dapat meringankan beban rakyat yang terkesan susulan kenaikan inflasi ketika ini, khususnya kepada golongan B40.

Bantuan tambahan RM100 akan diberi kepada isi rumah, sementara RM50 untuk individu bujang dan akan mula dibayar secara berperingkat pada 27 Jun ini membabitkan peruntukan berjumlah RM1.74 bilion.

Beliau berkata, setiap penerima bakal menerima sehingga RM500 mengikut kategori kelayakan BKM masing-masing dengan bantuan tunai tambahan dibayar bersekali dalam bayaran Fasa 2, membabitkan peruntukan tambahan bernilai RM630 juta.

Perdana Menteri berkata, ia akan memberi manfaat kepada hampir 8.6 juta penerima, merangkumi 4 juta isi rumah, 1.2 juta warga emas dan 3.4 juta individu bujang.

Namun, rata-rata keluarga M40 terus mengeluh, menurut laporan NST.

“Keluarga berpendapatan sederhana sering diketepikan daripada program bantuan kewangan kerajaan sedangkan sebenarnya ramai daripada mereka berada dalam keadaan yang teruk,” tulis seorang pengguna di Facebook.

“Kami semua merasai tekanan, jadi semua rakyat Malaysia B40 dan M40 memerlukan bantuan kewangan,” kata seorang lagi.

“(Bantuan kewangan) hanya untuk B40 sahaja? Bagaimana dengan kumpulan (pendapatan) lain? Dengan kenaikan kos sara hidup yang begitu drastik, M40 juga memerlukan bantuan,” komen seorang pengguna.

“M40 dilupakan lagi. Kami juga menderita,” tulis seorang pengguna Facebook.

Berita berkaitan
Ku Li jangka nilai ringgit jatuh lagi, gesa kerajaan campur tangan
3 jam lalu· Isu semasa
Malaysia bukan di planet lain, isu kos sara hidup berlaku seluruh dunia: PM
10 jam lalu· Isu semasa
Annuar perjelas punca harga barang naik
July 1, 2022· Isu semasa
Kurangkan subsidi, tapi kerajaan bagi rakyat RM100 dan RM50 saja: Guan Eng
July 1, 2022· Isu semasa
Popular
Kurang sikit makan telur, kata Pengarah KPDNHEP Melaka
July 2, 2022
MPN dibentuk PM, Muhyiddin jawab kritikan Zahid yang berdepan kes mahkamah
July 2, 2022
Enjin bot rosak: 10 pemancing, 3 kru selamat
July 2, 2022
Ku Li jangka nilai ringgit jatuh lagi, gesa kerajaan campur tangan
July 2, 2022
Lagi Isu semasa terkini
MPN dibentuk PM, Muhyiddin jawab kritikan Zahid yang berdepan kes mahkamah
9 jam lalu · Isu semasa
Bekalan minyak masa peket pulih dalam masa terdekat
11 jam lalu · Isu semasa
Segerakan penubuhan Majlis Pemulihan Negeri bantu rakyat susah
11 jam lalu · Isu semasa
Kurang sikit makan telur, kata Pengarah KPDNHEP Melaka
12 jam lalu · Isu semasa
Enjin bot rosak: 10 pemancing, 3 kru selamat
14 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tak serius, kerajaan ambil lewa isu harga barang, kata pemimpin Amanah
July 1, 2022
[FOTO] Himpunan bantahan kenaikan harga
July 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok