Kenapa isu Zamani tak dibangkit empat tahun lalu, soal pendakwaan

August 23, 2022 · Isu semasa

Permohonan supaya Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat menarik diri daripada mendengar rayuan akhir Datuk Seri Najib Razak, sengaja dibuat untuk melengahkan masa, kata Pendakwa Raya ad hoc Datuk V Sithambaram.

Beliau berkata demikian ketika bangun menjawab hujahan peguam utama bekas Perdana Menteri itu, Hisyam Teh Poh Teik.

“Permohonan ini adalah mala fide (berkaitan dengan sesuatu tindakan atau keputusan yang berĀ­dasarkan niat yang buruk – Kamus Dewan Edisi Keempat).

“Dibuat untuk menangguhkan prosiding,” kata Sithambaram membantah permohonan itu.

Beliau berkata pihak pembelaan mungkin menemui catatan Facebook oleh Zamani Ibrahim empat tahun lalu.

Sithambaram menegaskan bahawa catatan Zamani muncul minggu lalu dan mempersoalkan mengapa pihak pembelaan hanya memfailkannya malam tadi tanpa menunjukkan kepada mahkamah.

Beliau mempersoalkan kenapa isu berkaitan Zamani itu tidak dibangkitkan dalam perbicaraan yang bermula empat tahun lalu sedangkan catatan individu itu dibuat pada 2018.

Sithambaram memetik kes di Australia di mana kenyataan santai yang dibuat oleh suami atau isteri tidak boleh dikatakan mempengaruhi kepentingan pasangan mereka.

“Sebagai orang biasa (orang yang sudah berkahwin), kita memang ada perbincangan… tetapi kita tidak pernah membenarkan ia mempengaruhi kita. Ia diada-adakan,” tambahnya.

Sithambaram berkata permohonan itu sengaja difailkan dan dibuat untuk menangguhkan keputusan perbicaraan itu.

Jika dibenarkan, beliau bertanya, apakah yang boleh menghalang pihak pembelaan daripada membuat permohonan serupa yang lain.

“Inilah yang terbaik dilakukan oleh peguam jenayah,” katanya.

Terdahulu, dalam afidavid sokongannya mendakwa terdapat hantaran di Facebook yang dimuat naik oleh seorang individu bernama Zamani Ibrahim pada 11 Mei 2018.

“Saya sesungguhnya percaya bahawa individu bernama Zamani Ibrahim adalah suami kepada Ketua Hakim Negara yang mengetuai panel hakim yang mendengar rayuan terakhir saya dalam kes SRC di Mahkamah Persekutuan,” menurutnya dalam afidavit itu.

Najib berkata perkembangan baharu itu amat membimbangkan dengan mengambil kira fakta bahawa Zamani secara jelas mempunyai pandangan yang negatif terhadap kepimpinan beliau di negara ini sebagai Perdana Menteri dan telah menyimpulkan bahawa beliau menyalur keluar dana-dana harta negara ke dalam akaun peribadinya.

Beliau juga berkata Zamani, sebagai suami Pengerusi panel hakim yang mendengar rayuan itu, mungkin mempengaruhi pemikiran Tengku Maimun terhadap tuduhan atas kebersalahannya.

“Saya selanjutnya menyatakan bahawa oleh kerana sifat hubungan suami-isteri mereka, adalah berkemungkinan bahawa pemikiran Pengerusi yang bijaksana mungkin telah terkesan tanpa disedari olehnya melalui sentimen-sentimen suami Yang Amat Arif Ketua Hakim terhadap saya,” katanya.

Berita berkaitan
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
15 jam lalu· Isu semasa
Permohonan Najib untuk hadir prosiding Mareva ditolak mahkamah
November 24, 2023· Politik
Kerajaan dan NFCorp tak rayu keputusan Mahkamah Tinggi
November 23, 2023· Isu semasa
Pendakwaan mohon tolak pasport Muhyiddin dipulangkan sementara
November 17, 2023· Politik
Popular
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
November 29, 2023
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
November 29, 2023
Sekumpulan gajah di Gerik pijak kereta, sekeluarga berdepan keadaan cemas
November 27, 2023
Selamat tinggal dunia mak nyah, luahan Cikgu Erin
October 19, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
15 jam lalu · Isu semasa
Mahkamah benarkan pasport Muhyiddin dipulangkan untuk sementara
23 jam lalu · Isu semasa
Mangsa banjir di Terengganu, Kelantan kekal setakat pagi ini
23 jam lalu · Isu semasa
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
23 jam lalu · Isu semasa
Mahkamah tolak permohonan penghakiman terus syarikat barang kemas terhadap Rosmah
23 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Agihan saksama kepada sekolah cina walaupun tak dihargai
7 jam lalu
[VIDEO] Sanusi konsisten salur peruntukan pembangkang Kedah sejak 2020
8 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok