Kenapa IGP beri layanan istimewa kepada majikan Cina pukul pengawal?

April 18, 2021 · Isu semasa

Ketua Polis Negara (IGP), Tan Sri Abdul Hamid Bador digesa memberikan penjelasan berhubung layanan istimewa pihak berkuasa terhadap suspek majikan Cina yang memukul dua pengawal peribadinya yang mendapat perhatian orang ramai baru-baru ini.

Ahli Dewan Negara, Senator Muhammad Zahid Md Arip mempertikaikan langkah pihak berkuasa yang memberikan peluang kepada suspek untuk melakukan sidang media walhal tidak pernah ada seorang penjenayah yang diberikan layanan istimewa sebegitu sebelum ini.

“Saya terpanggil untuk mengulas laporan media mengenai majikan yang memukul dua pengawal keselamatannya kerana berpuasa, yang tiba-tiba diberi layanan cukup istimewa oleh polis sehingga boleh tampil membuat ‘sidang media’ khas memohon maaf kepada umat Islam dan Yang di- Pertuan Agong.

“Pada saya ini mesej yang salah dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador perlu menjelaskan kepada rakyat mengapa beliau membenarkan layanan istimewa diberikan kepada suspek ini, sementalah lagi namanya sendiri selaku Ketua Polis Negara ada disebut dan terkait dalam laporan polis oleh mangsa, yang telah pun tular di media sosial,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau turut menuntut Abdul Hamid untuk tidak berdiam diri lagi dan membuat penjelasan berhubung namanya yang dipetik dalam laporan oleh dua mangsa pengawal peribadi yang dipukul majikan Cina tersebut.

“Justeru, saya menuntut Abdul Hamid sendiri perlu tampil memberi penjelasan dalam isu ini bagi membuktikan kesungguhan beliau dalam memerangi sebarang salah laku dalam pasukan polis,” katanya lagi.

Jelasnya, permohonan maaf oleh majikan Cina tersebut tidak mencukupi dan berharap kes tersebut tidak ditutup hanya kerana permohonan maaf suspek majikan Cina tersebut.

“Ini kes jenayah. Perlu apa minta maaf kepada umat Islam dan Yang di- Pertuan Agong?

“Apakah dengan penyataan maaf ini, maka kes jenayah kekerasan yang dilakukan akan ditutup dan suspek berkenaan akan bebas dan lepas begitu sahaja?” katanya.

Terdahulu, tular satu laporan polis berhubung seorang majikan Cina yang memukul dua pengawal peribadi sehingga lebam di badan hanya kerana berpuasa.

Majikan berbangsa Cina berusia 43 tahun juga mengeluarkan kenyataan menghina agama Islam hanya kerana kedua-dua pengawal peribadi tersebut sedang berpuasa.

Menurut polis, seramai empat individu ditahan disyaki terlibat dalam kejadian tersebut dan kes disiasat di bawah seksyen 324 Kanun Keseksaan, 506 Kanun Keseksaan dan 298 Kanun Keseksaan.

Berita berkaitan
Keputusan kes saman Khairuddin ditahan SOSMA pada 24 Ogos
June 2, 2022· Isu semasa
Selepas dihentam, Hamzah tak hadir Majlis Serah Terima Tugas Jawatan KPN
May 3, 2021· Isu semasa
Dakwaan Hamid tidak boleh dipandang ringan kerajaan PN
May 2, 2021· Isu semasa
Kenyataan Media DatuK Mohd Azis Bin Hj Jamman – Ahli Parlimen Sepanggar
May 2, 2021· Rencana
Popular
Lokman dituduh hina mahkamah ketika prosiding kes Zahid berjalan
June 30, 2022
Zahid dakwa tertekan, tak nafi guna dana YAB bayar kad kredit
June 30, 2022
Zahid diingat jaga sikap, mahkamah bukan kedai kopi, MT UMNO
June 30, 2022
Mas Ermieyati kaji tindakan terhadap tuduhan Zahid, nafi guna dana parti
June 30, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Lesen pengilang enggan beli sawit, jejas minyak masak digantung
5 jam lalu · Isu semasa
JPA kaji waktu kerja 4 hari seminggu
5 jam lalu · Isu semasa
SRC: 29 Julai pengurusan kes Najib jawab afidavid pendakwaaan
5 jam lalu · Isu semasa
APMM aktifkan operasi cari bot bawa 13 pemancing, kru
6 jam lalu · Isu semasa
Agihan pendapatan ASB 3 Didik 4.25 sen
8 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Marah disaman tiada lesen, langgar kereta JPJ sehingga terbalik
6 jam lalu
[VIDEO] Presiden parti politik dalang ‘kad kebal’ warga asing
11 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok