Kenanga jangka kadar pengangguran akan terus menyusut

August 10, 2022 · Isu semasa

Kenanga Investment Bank Bhd mengekalkan unjurannya ke atas kadar pengangguran yang dijangka berkurangan pada bulan-bulan akan datang, disokong pemulihan kukuh pasca pandemik berikutan negara dalam fasa peralihan ke endemik.

Dalam nota penyelidikan hari ini, ia berkata ramalan kadar pengangguran itu akan diperkukuhkan lagi dengan dasar kerajaan yang berterusan seperti program subsidi upah dan penambahbaikan selanjutnya dalam sektor perkhidmatan, terutamanya berkaitan aktiviti pelancongan, lapor Bernama.

“Berikutan situasi pasaran buruh mencatatkan pemulihan kukuh dengan kadar pengangguran bertambah baik kepada 3.9 peratus pada suku kedua 2022, kami menjangkakan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku kedua akan berkembang kepada 7.7 peratus dalam keadaan penggunaan swasta yang dijangka stabil dan pengembangan dalam sektor perkhidmatan,” katanya.

Firma penyelidikan itu turut mengekalkan ramalan pertumbuhan KDNK 2022 pada 5.0-5.5 peratus.

Kadar pengangguran di Malaysia mencatatkan aliran penurunan pada 3.8 peratus untuk tempoh Jun 2022, paras terendah sejak negara dilanda pandemik Covid-19, dengan jumlah penganggur merosot kepada 630,600 orang pada Jun 2022 berbanding 637,700 orang pada bulan sebelumnya.

Senada dengan Kenanga, Hong Leong Investment Bank Bhd menjangkakan pasaran buruh akan meneruskan momentum pemulihannya pada bulan-bulan akan datang berikutan ekonomi terus mencatatkan pemulihan daripada pandemik, terutamanya dalam sektor perkhidmatan.

“Bagaimanapun, kekurangan pekerja asing terus memberi kesan kepada banyak sektor ekonomi,” katanya.

Sehubungan itu, firma penyelidikan itu mengekalkan ramalan KDNK 2022 pada 5.9 peratus tahun ke tahun dan menjangkakan Bank Negara Malaysia akan menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas lagi pada September, menjadikan OPR kepada 2.5 peratus menjelang akhir 2022.

Berita berkaitan
Ringgit dijangka terus jatuh pada minggu depan: Laporan
June 24, 2023· Isu semasa
Popular
Laporan Wahab dakwa Agus buat gangguan seksual disiasat polis
December 1, 2023
Dakwaan gangguan seksual dihadapi Wahab, polis akan panggil beberapa individu
December 2, 2023
Bekas ADUN DAP disabit kes rogol lantik Hisyam Teh ketuai pasukan pembelaan
December 1, 2023
Penganggur didakwa edar dadah Methamphetamine lebih 10 kg
December 1, 2023
Lagi Isu semasa terkini
PRK Kemaman: Peratusan keluar mengundi setakat 4 petang sebanyak 60 peratus
28 minit lalu · Isu semasa
Remaja cuba samun pemandu e-hailing didakwa esok
2 jam lalu · Isu semasa
Dakwaan gangguan seksual dihadapi Wahab, polis akan panggil beberapa individu
3 jam lalu · Isu semasa
Laporan Wahab dakwa Agus buat gangguan seksual disiasat polis
20 jam lalu · Isu semasa
Banjir di Johor: 538 orang dipindahkan ke PPS, paras sungai naik
December 1, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Tuan Guru Hadi di Grand Finale PRK Kemaman
8 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Radzi Jidin di Grand Finale PRK Kemaman
10 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok