Kenaikkan harga barang bakal jejas proses pemulihan ekonomi

June 14, 2022 · Isu semasa

Proses pemulihan ekonomi negara dikhuatiri akan terjejas sekiranya isu kenaikan harga barangan keperluan asas tidak ditangani secara strategik.

Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, baru-baru ini, pelbagai isu dan rintihan rakyat telah diutarakan terutamanya melibatkan peningkatan harga barang asas makanan.

Menurut beliau, Jabatan Perangkaan turut melaporkan inflasi makanan pada April lalu meningkat lebih tinggi pada 4.1 peratus dengan 89.1 peratus item makanan telah merekodkan kenaikan harga.

“Peningkatan harga bahan makanan disebabkan oleh pelbagai faktor, antaranya perubahan cuaca tidak menentu, perkembangan geopolitik antarabangsa yang menjejaskan rantaian bekalan dunia, peningkatan harga input pertanian seperti benih dan baja, kos logistik yang meningkat dan kekurangan sumber tenaga manusia di tapak pertanian.

“Isu-isu di sebalik peningkatan harga bahan makanan ini, sekiranya tidak ditangani secara menyeluruh dan bersepadu boleh menjejaskan lagi rantaian bekalan makanan dan sekuriti makanan negara serta menggugat kesejahteraan hidup rakyat,” katanya semasa sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat MPN hari ini.

Pada masa yang sama, Muhyiddin memberitahu, usaha pemulihan negara masih berjalan dan indikator-indikator ekonomi terbaharu menunjukkan pertumbuhan yang memberangsangkan membuktikan pemulihan ekonomi sedang giat berlangsung.

Beliau menambah, antara indikator positif termasuk Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) ekonomi negara yang berkembang sebanyak 5 peratus pada suku pertama 2022 yang disokong oleh peningkatan permintaan dalam dan luar negara.

“Kadar pengangguran pula buat pertama kalinya berkurangan di bawah paras 4.0 peratus semenjak negara dilanda wabak Covid-19 dua tahun dahulu, apabila merekodkan kadar 3.9 peratus dalam bulan April 2022.

“Prestasi ekonomi yang memberangsangkan ini membuktikan dasar-dasar yang diambil kerajaan ketika pandemik telah pun membuahkan hasil terutamanya lapan pakej bantuan dan rangsangan ekonomi yang bernilai RM530 bilion,” jelasnya.

Dalam perkembangan berkaitan, Muhyiddin berkata, MPN berpandangan, situasi Covid-19 dalam negara adalah terkawal dengan lebih 99 peratus kes baharu adalah kategori 1 dan 2 serta penggunaan katil unit rawatan rapi (ICU) masih berada pada paras yang rendah.

Beliau menambah, di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), 97.7 peratus dewasa dan 93.6 peratus remaja di Malaysia telah menerima dua dos vaksin.

“Ini meletakkan Malaysia antara negara dengar kadar vaksinasi yang tertinggi di dunia. Kejayaan ini tidak dapat dicapai tanpa kerjasama dan usaha semua rakyat Malaysia.

“Namun begitu, kadar kematian akibat Covid-19 adalah tinggi dalam kalangan kes yang belum menerima vaksin.

“Oleh itu, MPN ingin menyeru bagi mereka yang belum mengambil vaksin Covid-19 untuk mengambilnya kerana ia terbukti untuk mengurangkan risiko dan kesan jangkitan Covid-19,” ujarnya.

Muhyiddin turut memaklumkan, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan telah menjalankan tindakan intervensi yang berorientasikan pengguna, pengeluar dan perdagangan bagi mengukuhkan sekuriti bekalan makanan negara.

Menurut beliau, antara intervensi jangka pendek yang diambil adalah mewujudkan stokpail ayam, semakan prosedur import Jabatan Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) dan semakan semula Tarif Elektrik Sektor Pertanian.

“MPN berpendapat terdapat keperluan yang mendesak untuk memperkasakan industri input kepada makanan ternakan supaya negara mencapai tahap self-sufficiency dan kos input makanan ternakan terurus dan tidak terjejas akibat faktor-faktor luaran,” katanya.

Muhyiddin berkata, Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) yang diumumkan beliau semasa menjadi Perdana Menteri pada Jun 2021 dengan peruntukan RM115.4 bilion telah memanfaatkan 26.8 juta rakyat dan 327,300 perniagaan.

Menurut beliau, antara inisiatif utama PEMULIH yang telah siap dilaksanakan adalah Bantuan Khas Covid-19 sebanyak RM4.6 bilion, Geran Khas Prihatin 4.0 sebanyak RM1 bilion dan Bantuan Kehilangan Pekerjaan sebanyak RM420.51 juta.

“MPN mengesyorkan agensi LAKSANA mengemukakan laporan yang komprehensif mengenai impak dan kesan inisiatif-inisiatif pakej bantuan yang telah diumumkan sebelum ini terutamanya pada rakyat dan sektor ekonomi yang terjejas akibat pandemik Covid-19.

“MPN berpendapat indikator-indikator ekonomi yang memberangsangkan ini akan lebih bermakna apabila kesejahteraan dan ekonomi rakyat turut berkembang seiring.

“Semua pemegang taruh harus bekerjasama dalam menangani kenaikan harga barang terutamanya barang makanan supaya semua rakyat Malaysia dapat menikmati hasil pemulihan ekonomi pasca pandemik yang lebih menyeluruh dan bermakna,” jelasnya. – Artikel kredit SatuBerita

Berita berkaitan
Desakan Bubar MPN bukti ada pemimpin hanya pentingkan politik
8 jam lalu· Rencana
Adakah adil menyalahkan kerajaan untuk sesuatu di luar kawalan mereka?
8 jam lalu· Rencana
Inflasi di Malaysia salah siapa?
8 jam lalu· Rencana
Zahid sepatutnya berundur, jadi perosak kestabilan negara: Wan Saiful
9 jam lalu· Politik
Popular
Lelaki bogel tunggang motosikal ditahan disyaki bunuh isteri, bayi
July 4, 2022
Mahkamah tolak permohonan Zahid tangguh prosiding kes rasuah
July 4, 2022
Shafee hidap laringitis: Kes Najib, laporan audit didengar 12 Ogos
July 4, 2022
Perbicaraan pengesahan lafaz cerai MB Perlis ditetapkan 25 Ogos
July 4, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Syed Saddiq arah keluar tunai RM1 juta dari bank: Saksi pendakwaan
4 jam lalu · Isu semasa
Lelaki bogel tunggang motosikal ditahan disyaki bunuh isteri, bayi
5 jam lalu · Isu semasa
Gempur kilang, sempadan sekat seleweng minyak masak subsidi: PM
5 jam lalu · Isu semasa
Maybank IB pula unjur OPR naik 100 bps untuk 12 bulan akan datang
5 jam lalu · Isu semasa
Aidiladha: Lebih 2.3 juta kenderaan bakal guna KLK, LPT pada 8-11 Julai
6 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tak serius, kerajaan ambil lewa isu harga barang, kata pemimpin Amanah
July 1, 2022
[FOTO] Himpunan bantahan kenaikan harga
July 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok