Kenaikkan harga ayam, MOF cari jalan stabilkan harga di pasaran

September 18, 2021 · Isu semasa

Menyedari kenaikkan harga ayam yang menjadi rungutan ramai pengguna, Kementerian Kewangan (MOF) sedang mencari jalan terbaik bagi menstabilkan harga ayam di pasaran dengan segera.

Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata langkah tersebut termasuk mengkaji sistem subsidi kepada penternak dan akan mengadakan perbincangan dengan kementerian yang bertanggungjawab memantau isu tersebut.

“Kerajaan sedar isu harga ayam yang meningkat naik menjadi rungutan masyarakat.

“Apa-apa keputusan yang mahu dilaksana perlu dilihat dari segi impak terhadap penternak selain semua pihak terbabit dalam rantaian industri makanan, dan yang paling penting sekali adalah impak kepada pengguna, itu adalah keutamaan kerajaan.

“Kita akan bincang lihat dahulu sebelum melaksanakan apa-apa langkah (sistem subsidi) sebabnya saya difahamkan, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) menjangkakan kenaikan ini (harga ayam) adalah sementara, berikutan ketidaktentuan apabila kita buka semula ekonomi kita,” katanya.

MOF juga dalam masa terdekat akan berbincang dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) serta MAFI, bagi meneliti secara menyeluruh impak kepada penternak ayam dan pengguna.

Terdahulu, Tengku Zafrul melawat pusat ternakan ikan kelah, A Suko Genius Sdn Bhd, di Bukit Batu, Kulai pada hari ini.

Minggu lalu, KPDNHEP bercadang melaksanakan sistem subsidi kepada pengusaha ladang ayam terbesar bagi mengawal kenaikan harga ayam di seluruh negara.

Timbalan Menterinya, Datuk Rosol Wahid, dilaporkan berkata subsidi harga itu akan diberikan kepada 20 pengusaha ladang ayam di tiga negeri iaitu Johor, Negeri Sembilan dan Perak, yang mengeluarkan 80 peratus bekalan ke seluruh negara.

“Kita sudah mengadakan pertemuan dengan penternak atau pengusaha ladang terbabit bagi tujuan itu dan akan mengemukakan cadangan kepada MOF dalam masa terdekat,” katanya.

Semalam pula, Menteri KPDNHEP, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, dilaporkan berkata, kementerian itu akan membabitkan MOF dalam mencari penyelesaian yang boleh dilaksanakan kerajaan sebagai langkah proaktif menstabilkan harga ayam untuk jangka masa panjang.

Alexander dilaporkan berkata, untuk tujuan itu, beliau akan mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan MOF selain MAFI bagi mencari satu penyelesaian jangka panjang munasabah terhadap isu harga ayam.

Kenaikan harga ayam dikenal pasti berpunca daripada beberapa faktor termasuk harga makanan ayam dikatakan, meningkat (komponen makanan ayam seperti jagung dan soya) yang diimport dari luar negara.

Purata harga ayam yang dijual di pasar basah sejak kenaikan harga ayam bermula awal bulan ini ialah pada harga RM9 hingga RM10.50 sekilogram (kg) manakala harga paling tinggi dijual pada harga RM11sekg.

Berita berkaitan
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024· Politik
Subsidi ditamatkan, jangan risau harga ayam tidak akan naik
November 1, 2023· Isu semasa
Diskaun PTPTN dihentikan, Menteri KPT kata MOF yang tentukan
October 5, 2023· Isu semasa
Ditolak dalam PRN, Zafrul kata tidak tahu apa lagi jenis amaran perlu diberi
August 14, 2023· Politik
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Hijrah Diri Jakim bantu LGBT kena serang, dikeluarkan dari Google Play
March 18, 2022
Hubungi 997 jika kena scam
October 14, 2022
Iklan ‘duit raya’ GDBET333 dinyahaktif
April 16, 2021
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok