Kenaikkan had hutang statutori bagi menyokong ekonomi dan rakyat

September 17, 2021 · Isu semasa

Sokongan kepada ekonomi negara dan rakyat memerlukan had hutang statutori dinaikkan pada ketika negara masih dalam fasa memerangi Covid-19 yang masih melanda negara, kata pakar.

Kerajaan perlu mengambil langkah menaikkan had hutang statutori bagi mewujudkan kestabilan kepada kewangan negara untuk sementara waktu dan kerajaan perlu menguruskan hutang secara mampan apabila keadaan ekonomi lebih stabil tahun depan, kata Profesor Madya Putra Business School Ahmed Razman Abdul Latiff.

“Ia tidak boleh menjadi ciri kekal bagi strategi fiskal kerajaan. Apa yang lebih penting, ia adalah untuk kerajaan mula menguruskan hutangnya secara mampan sebaik sahaja ekonomi menjadi lebih stabil tahun depan,” katanya dipetik Bernama.

Tahun ini sahaja, empat pakej bantuan bernilai RM26.8 bilion telah disuntik ke dalam ekonomi.

Akibatnya, defisit dijangka meningkat daripada 5.4 peratus seperti yang disasarkan dalam Belanjawan 2021 kepada sekitar 6.5-7.0 peratus daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK) dengan had hutang statutori kita dijangka meningkat kepada 60 peratus, mencecah paras siling hutang, pada akhir tahun ini.

Sepanjang krisis kewangan global 2008-2009, defisit mencecah 6.7 peratus.

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz baru-baru ini berkata kementerian itu akan mencadangkan had hutang statutori dinaikkan kepada 65 peratus daripada 60 peratus daripada KDNK ketika ini. Ini akan dapat membantu kerajaan bersiap sedia menyokong rakyat dan ekonomi.

Jelas Ahmed Razman, kerajaan boleh mencari pendekatan yang lebih berkesan untuk mengurangkan kebergantungan kerajaan kepada hutang luar.

Beliau mencadangkan bahawa memperkenalkan sistem penghasilan bersih di bawah pakej rangsangan fiskal akan turut mengurangkan kebergantungan kerajaan kepada hutang luar. Pada masa ini, katanya hampir 15 peratus daripada pendapatan tahunan perlu diperuntukkan untuk memenuhi obligasi hutang tahunan.

Penghasilan bersih adalah kaedah untuk mengurangkan risiko dalam kontrak kewangan dengan menggabungkan atau mengumpulkan pelbagai obligasi kewangan untuk mencapai jumlah obligasi bersih. Penghasilan bersih digunakan untuk mengurangkan penyelesaian, kredit dan risiko kewangan lain antara dua pihak atau lebih.

Beliau mengakui bahawa keputusan kerajaan untuk mengkaji semula Rangka Kerja Akta Tanggungjawab Fiskal akan meningkatkan tadbir urus, ketelusan, dan kebertanggungjawabannya semasa menguruskan urusan fiskal.

“Ini akan mengurangkan pembaziran dan wang yang hilang akibat rasuah, yang akan membolehkan kerajaan melaksanakan dasar dan perbelanjaannya dengan berkesan walaupun tanpa pendapatan yang tinggi,” katanya lagi.

Ahli Ekonomi Moody’s Analytics Denise Cheok berkata berdasarkan jumlah kes Covid-19 harian yang meningkat, menaikkan had hutang pada masa ini akan membolehkan perbelanjaan fiskal yang lebih banyak untuk menguruskan krisis kesihatan.

“Kebanyakan hutang kerajaan Malaysia adalah dalam ringgit, justeru, ia terlindung daripada risiko mata wang. Bagaimanapun, kerajaan masih perlu menangani paras hutangnya yang agak tinggi,” katanya dipetik Bernama.

Tengku Zafrul telah menolak untuk memperkenalkan semula cukai penggunaan seperti Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sebelum ini berikutan ini boleh memberi impak kepada momentum yang diperlukan untuk memulihkan semula ekonomi Malaysia semasa pandemik Covid-19.

Bagaimanapun, menurut Cheok, pengenalan semula GST sudah tentunya akan membantu defisit fiskal, memandangkan belanjawan amat positif yang diumumkan pada 2020, 2021 dan kemungkiann tahun depan, bergantung pada trajektori Covid-19 di Malaysia, tetapi melihat kepada peningkatan angka kes harian di negara ini termasuk permintaan domestik yang semakin lemah, pengenalan sebarang cukai buat masa sekarang adalah tidak sesuai, katanya.

“Data kekerapan tinggi seperti penjualan runcit dan aktiviti rekreasi menunjukkan perbelanjaan pengguna masih jauh di bawah tahap sebelum pandemik walaupun selepas banyak sekatan dilonggarkan,” katanya.

Mengenai tahap defisit fiskal Cheok berkata sama ada ia dapat diturunkan kepada tiga atau empat peratus daripada KDNK tahun depan banyak bergantung kepada bagaimana situasi Covid-19 ditangani dan dibendung oleh kerajaan.

Kira-kira 89 peratus populasi dewasa Malaysia telah menerima dos vaksinasi pertama mereka.

Pada kadar semasa, dijangkakan 80 peratus populasi penduduk dewasa di negara ini akan diberi vaksin sepenuhnya menjelang hujung September, yang mana Covid-19 akan dianggap sebagai endemik.

“Pada skala yang lebih besar, pembukaan semula sektor pelancongan antarabangsa turut akan mempengaruhi tempoh pemulihan ekonomi Malaysia. Sebagai contoh, pengenalan cukai penjualan ketika industri pelancongan dibuka semula akan membantu menampan sebahagian defisit.

“Kami menjangkakan defisit meningkat kepada 6.5 peratus daripada KDNK tahun ini ekoran peningkatan perbelanjaan kerajaan. Defisit dijangka berkurangan kepada kira-kira 4.5 peratus daripada KDNK pada 2022, apabila kesan pandemik mula mereda,” kata Cheok

Ini menuntut keseimbangan antara keperluan untuk menyokong ekonomi dan memastikan jurang belanjawan tetap terkawal, kata Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Afzanizam Abdul Rashid.

“Dalam erti lain, sasaran defisit fiskal perlu pragmatik serta boleh dipercayai. Apa yang lebih penting adalah memastikan bahawa sasaran dapat dicapai dan pada masa yang sama memberi dorongan yang amat diperlukan kepada ekonomi,” katanya.

Berita berkaitan
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024· Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Kerajaan sedar tak rakyat sedang tertekan hari ini? soal Senator UMNO
December 13, 2023· Isu semasa
Kejatuhan ‘rating’ Anwar juga disumbang kegagalan Rafizi, kata penganalisis
November 25, 2023· Politik
Popular
Sime Darby jual syarikat-syarikat Pelabuhan Weifang bernilai RM1.27 bilion
July 4, 2022
Selepas disaman Rafizi kata hanya mahu penjelasan Tuan Ibrahim
January 25, 2023
Jangan sewa akaun bank kepada scammer, elak jadi mangsa penipuan
September 20, 2021
Mahkamah boleh buat keputusan segera terhadap Najib: Peguam
August 21, 2022
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok