Kenaikan OPR, persatuan kata bayaran balik pinjaman juga akan naik

May 4, 2023 · Isu semasa

Jumlah bayaran balik pinjaman yang ditanggung oleh rakyat juga akan meningkat susulan keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) semalam.

Penasihat Buruh Antarabangsa, Persatuan Khidmat Nasihat Pencarum Perlindungan Sosial Malaysia (SPCAAM), Callistus Antony D Angelus berkata pelaksanaan kadar baharu OPR itu secara tidak langsung akan memberi kesan kepada pinjaman yang dibuat rakyat dan BNM sepatutnya membuat kajian yang menyeluruh terlebih dahulu.

“Masalah dengan dasar agregat dan membuat keputusan terutamanya dalam bidang ekonomi, adalah ia cenderung mengabaikan keperluan sesetengah sektor masyarakat.

“Dalam keadaan ini, kesan kenaikan OPR ialah pinjaman menjadi lebih mahal. Bagaimanakah ia akan memberi kesan kepada golongan miskin yang menghadapi masalah kelangsungan hidup, memastikan adanya makanan atas meja mereka, bumbung atas kepala mereka, dan menghantar anak mereka ke sekolah?

“BNM sepatutnya melaksanakan dasar yang tidak membenarkan bank menaikkan kadar faedah bagi komuniti B40. Ujian berasaskan cara harus diguna pakai dalam hal ini. Langkah itu tidak boleh terlalu sukar untuk dilaksanakan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, BNM gagal untuk melihat perkara-perkara demikian secara holistik, sebaliknya memberi tumpuan secara agregat.

Semalam, Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) BNM membuat keputusan di luar jangkaan dengan menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) 25 mata asas kepada 3.00 peratus.

Kadar tertinggi dan terendah koridor bagi OPR turut dinaikkan masing-masing kepada 3.25 peratus dan 2.75 peratus.

Callistus berkata, BNM tidak boleh bertindak secara berasingan tetapi harus selaras dengan keseluruhan strategi ekonomi kerajaan.

“Tangan kiri mesti tahu apa yang tangan kanan lakukan dan begitulah juga sebaliknya.

“Pembuatan dasar dari atas ke bawah hierarki kerajaan haruslah berkesinambungan,” katanya.

Berita berkaitan
Kritik Rafizi, PKR persoal tahap pemikiran Puad yang mahukan populariti saja
June 1, 2023· Politik
Perlu beri peluang kepada kerajaan untuk buktikan prestasi: Zahid
May 31, 2023· Politik Uncategorized
Kejatuhan ringgit, BNM jalan terbaik bincang dasar monetari: Rafizi
May 30, 2023· Isu semasa
Gabenor BNM, jangan bagi kenyataan gula-gula, tegur MP kerajaan
May 28, 2023· Isu semasa
Popular
Isu air: PMX sahkan permohonan awal RM8 bilion oleh kerajaan Kelantan ditolak
June 1, 2023
PN hantar 3 soalan untuk Anwar jawab di Parlimen
June 2, 2023
Jho Low : Agensi keselamatan Macau kecam SPRM
June 2, 2023
Ringgit jatuh, MP Bachok kata kerana tiada Menteri Kewangan sepenuh masa
June 1, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Menteri akui bekalan air di Sabah kritikal
55 minit lalu · Isu semasa
Jho Low : Agensi keselamatan Macau kecam SPRM
2 jam lalu · Isu semasa
PN hantar 3 soalan untuk Anwar jawab di Parlimen
3 jam lalu · Isu semasa
PN bawa usul berkait kalimah ALLAH ke Parlimen
7 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan perlu dedah semua laporan dalam skandal projek LCS, gesa C4
June 1, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Perikatan Nasional tak serang peribadi saya macam PH-UMNO
June 1, 2023
[VIDEO] Khairy akan bertemu Muhyiddin dalam masa terdekat
June 1, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok