Kenaikan OPR kejam, pakar ekonomi bidas BNM

May 13, 2023 · Isu semasa

Pakar ekonomi melihat keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebagai tindakan kejam yang mengekang perbelanjaan rakyat.

Presiden Gerakan Ekonomi Malaysia, Armin Baniaz Pahamin berkata kadar OPR juga bukan penentu negara sudah keluar daripada pandemik.

“Langkah menaikkan kadar OPR juga mempunyai risiko kemelesetan ekonomi. Walaupun kadar OPR selepas dinaikkan adalah sama seperti kadar sebelum pandemik, situasi dan kondisi isi rumah amat berbeza berbanding sebelum pandemik dan sekarang.””Jadi anggapan kadar OPR ini menentukan kita sudah keluar daripada pandemik dan seolah kita berada dalam kondisi sebelum pandemik adalah tidak benar. Memandangkan sebahagian besar isi rumah masih terjejas dan masih belum pulih seperti keadaan sebelum pandemik, kenaikan OPR ini sudah tentu amat membebankan mereka.

“Sebab itu saya bersetuju bahawa tindakan menaikkan kadar OPR adalah kejam,” katanya, lapor BH.

Semalam Gabenor BNM, Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus menjelaskan keputusan menaikkan OPR itu bukan sesuatu yang kejam sebaliknya, keputusan itu dibuat bagi mengawal inflasi daripada terus melonjak tinggi hingga tidak terkawal.

“Mana lagi kejam kalau inflasi kita di luar kawalan? Kalau kadar inflasi kita naik mendadak, kuasa beli semua orang akan terkesan tanpa mengira anda mempunyai pinjaman atau tidak.

“Jadi, kita naikkan OPR kerana kita mahu memastikan ekonomi berkembang secara mampan dan bukan saja untuk hari ini, tapi untuk bulan dan tahun yang mendatang,” kata Shamsiah pada satu sidang akhbar.

Pada 3 Mei, Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) BNM mengumumkan OPR meningkat 25 mata kepada 3.00 peratus.

Kenaikan OPR itu adalah pertama bagi tahun ini selepas penanda aras bagi kadar pinjaman dan deposit di Malaysia itu telah dikekalkan pada Januari dan Mac lalu pada paras 2.75 peratus.

Sementara Pengerusi Pergerakan Keadilan Monetari Malaysia (MMJ), Prof Datuk Dr Ahamed Kameel Mydin Meera berkata, BNM selalu menyatakan tindakan kenaikan OPR adalah untuk menyejat inflasi tapi ia tidak pernah berjaya sekali pun.

“Inflasi tetap berlaku juga. Tahun 1970-an satu ringgit boleh beli 10 roti canai. Sekarang sekeping pun tak dapat. Inflasi apa yang BNM nak kekang?” katanya ringkas.

Berita berkaitan
Penganalisis sanggah PMX buat perbandingan kenaikan OPR dengan Singapura
16 jam lalu· Isu semasa
Kenaikan OPR seperti di Singapura, akan bantu kukuh nilai mata wang: PMX
21 jam lalu· Politik
Aysraf tegur Puad kritik Rafizi
June 2, 2023· Politik
Kritik Rafizi, PKR persoal tahap pemikiran Puad yang mahukan populariti saja
June 1, 2023· Politik
Popular
4 bulan tiada ketua audit negara, kerajaan beria mahu bahas LKAN 2021
June 6, 2023
Penulis buku Daim Zainuddin diperintah bayar saman RM1.2 juta
June 6, 2023
Penganalisis sanggah PMX buat perbandingan kenaikan OPR dengan Singapura
June 6, 2023
Ditipu skim pelaburan wang, lelaki rugi RM524,800
June 6, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Dalam pembelaan kes saman, Rosmah kata barang kemas diberi tanpa diminta
55 minit lalu · Isu semasa
Ditipu skim pelaburan wang, lelaki rugi RM524,800
16 jam lalu · Isu semasa
Selesai polemik agama segera dengan bijak dan tertib, titah Sultan Selangor
16 jam lalu · Isu semasa
Penulis buku Daim Zainuddin diperintah bayar saman RM1.2 juta
16 jam lalu · Isu semasa
P.Pinang-Kedah: Keterlaluan label pandangan Sanusi sebagai jenayah
17 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Sanusi di himpunan PN Best Tanjung Karang
June 5, 2023
[VIDEO] Anwar usah sembang, nak faham orang miskin kena jadi miskin
June 5, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok