
Affin Bank.
Affin Bank Bhd, Affin Islamic Bank Bhd dan Affin Hwang Investment Bank akan menyemak semula kadar rujukan pinjaman/pembiayaan mereka dengan kenaikan sebanyak 25 mata asas (bps) berkuat kuasa 8 Mei.
Dalam satu kenyataan hari ini, kumpulan perbankan itu berkata langkah itu dibuat berikutan pengumuman Bank Negara Malaysia berhubung kenaikan kadar dasar semalaman (OPR) kepada tiga peratus daripada 2.75 peratus pada Rabu, menurut laporan Bernama.
Selaras dengan semakan itu katanya, Kadar Deposit Tetap Affin Bank dan Deposit Berjangka-i Affin Islamic Bank juga akan diselaraskan meningkat, berkuat kuasa hari yang sama.