Kenaikan harga minyak masak untungkan pekebun kecil

June 8, 2021 · Isu semasa

Kerajaan tidak menafikan berlaku kenaikan harga minyak masak di pasaran sekarang ini, namun bagi mengurangkan beban golongan B40 mereka diberikan subsidi RM2.50 dengan membeli pek satu kilogram walaupun kos pengeluarannya menjangkau RM5 setiap pek.

Sebaliknya kenaikan harga minyak masak di pasaran yang dikatakan sekiyar RM30 bagi botol lima kilogram, menguntungkan tiga juta rakyat miskin daripada kalangan keluarga peneroka dan pekebun kecil sawit.

Menterinya Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata dengan kenaikan harga ini sekarang peneroka dan pekebun kecil sawit bertukar status daripada B40 yang berpendapatan kecil dan miskin kepada berpendapatan lebih baik untuk menyara kehidupan keluarga.

Katanya, golongan M40 dan T20 iaitu 60 peratus daripada rakyat Malaysia yang kaya sudah lama menikmati minyak masak dengan harga di atas kudrat dan keringat pekebun kecil yang berpendapatan rendah.

“Golongan kaya menikmati harga minyak masak sekitar RM20 untuk 5 kg. Kos proses di kilang sekitar RM3 perkg termasuk botol dan pembungkusan. Ditambah dengan keuntungan pembekal, pemborong dan peruncit menjadi RM20 untuk 5 kg.

“Sangat murah, tetapi pekebun kecil di kampung-kampung tidak cukup makan kerana harga sawit yang rendah ditambah dengan kos baja dan lainnya.

“Ramai pekebun kecil terpaksa membiarkan kebun sawit terbiar kerana kos kerja tidak setimpal dengan pendapatan,” katanya mengulas kenaikan harga minyak masak di pasaran sejak kebelakangan ini seperti didakwa sesetengah pihak terutama blok pembangkang dan sekutunya.

Khairuddin berkata harga minyak sawit mentah (MSM) di pasaran dunia sekarang ialah RM4,000 hingga RM4,500 setan berbanding RM2,000 pada 2019.

“Kesannya Harga Buah Tandan Segar di ladang naik sekitar RM1000 pertan berbanding dulu RM300 pertan yang meletakkan 450,000 pekebun kecil sawit dalam kategori miskin.

“Dengan kenaikan harga ini sekarang mereka bertukar status daripada B40 yang berpendapatan kecil dan miskin kepada berpendapatan baik yang mencukupi untuk sara hidup sekeluarga. Ahli keluarga mereka lebih daripada 3 juta rakyat Malaysia,” katanya.

Khairuddin berkata kerajaan telah menyediakan harga subsidi RM2.50 dengan pek satu kilogram kepada 12 juta rakyat miskin di negara ini walaupun kos pengeluaran di kilang mencecah RM5.

“Kepada mereka kerajaan membayar untuk subsidi purata 720,000 tan setahun atau sebanyak 720 juta pek minyak masak 1 kg dikeluarkan.

“Bukan hanya cukup untuk 12 juta rakyat B40 malah dengan angka rakyat Malaysia 32 juta, setiap orang boleh menikmati 1.8 kg minyak sebulan dengan harga subsidi. Kalau keluarga dengan 5 orang bererti satu keluarga boleh menikmati purata 9 kg minyak masak bersubsidi sebulan,” katanya.

Justeru katanya dengan rantaian bekalan menerusi pemborong dan peruncit adalah sangat munasabah harga minyak masak di pasaran sekitar RM30 bagi botol lima kilogram.

Berita berkaitan
Khairuddin pertahan Zahid dikritik Ramasamy, ungkit kes mahkamah Guan Eng
January 18, 2023· Politik
Sah! Noh Omar tersingkir, BN rebut Che Abdullah, Khairuddin Aman Razali
November 3, 2022· Politik
Sebagai ahli baharu tidak adil Khairuddin jadi calon UMNO
November 1, 2022· Politik
PH terbit bajet bayangan 2023
October 5, 2022· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Negeri Sembilan belum cadang kecualikan bil air mangsa banjir
January 5, 2022
Pihak berkuasa mula siasat kes helikopter jatuh di Bidor
September 13, 2022
Indonesia sahkan tak buat kenyataan tuntut Tubir Selatan: Wisma Putra
January 21, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
13 jam lalu · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
13 jam lalu · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok