Kenaikan harga barang dijangka berterusan

May 14, 2022 · Isu semasa

Keghairahan membeli-belah sempena Aidilfitri baru-baru ini sudah tentu berita gembira buat peniaga kerana berpeluang menaikkan harga barang.

Itu baharu barangan kering, belum barang basah atau barang dapur. Meskipun usaha dilakukan oleh pihak kerajaan mengawal harga, kenaikan tetap berlaku di sana sini dan setiap kenaikan akan memberikan kesan rantaian.

Sebanyak mana pun duit di tangan, taraf hidup rakyat tidak akan banyak berubah jika harga barangan seharian terus meningkat. Malah, keputusan kerajaan menaikkan gaji minimum RM1,500 juga dilihat tidak akan banyak mengubah kehidupan rakyat, jika kos hidup meningkat saban hari dan lebih laju berbanding gaji yang belum tentu naik setahun sekali.

Malah, di sebalik usaha berterusan kerajaan memantau dan mengawal kenaikan harga barangan keperluan asas, rakyat terus terbeban serta ‘pening kepala’ apabila terpaksa berbelanja ekstra setiap kali membeli stok keperluan harian.

Lebih sukar, apabila ada pengguna terpaksa mencongak dan mencatu barangan mahu dibeli, bagi memastikan kos dikeluarkan tidak melangkaui perbelanjaan diperuntukkan.

Dalam situasi susah didepani rakyat marhaen, khususnya golongan kurang berkemampuan, timbul dakwaan bahawa Malaysia bakal berdepan hiperinflasi dan krisis makanan menjelang tahun depan, susulan kemelut itu di peringkat global.

Secara umum, istilah hiperinflasi merujuk kepada kenaikan harga yang terlalu tinggi dan berlaku dalam jangka masa tertentu apabila kadar inflasi sesebuah negara mula melebihi ukuran 50 peratus sebulan.

Hiperinflasi boleh dilihat susulan kenaikan harga pengguna yang berlaku ketika ini, iaitu semasa penularan Covid-19 disebabkan krisis rantaian bekalan.

Berdasarkan dakwaan itu juga, pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tidak akan lagi dibenarkan, ramai pelabur luar sudah menarik diri dan berpindah ke negara lain serta harga barang semakin mencanak.

Pada Februari lalu, Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus dilaporkan berkata, Malaysia tidak berdepan situasi stagflasi dan hiperinflasi.

Beliau memaklumkan, situasi stagflasi yang berlaku pada 1970-an apabila pertumbuhan ekonomi tidak berubah dan inflasi tinggi untuk tempoh panjang tidak mungkin dihadapi negara, memandangkan pertumbuhan ekonomi dijangka tinggi pada tahun ini.

Sebelum ini, Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA), Datuk Dr Ibrahim Ali mencadangkan supaya kerajaan dapat menubuhkan Jawatankuasa Task Force Negara bagi mengawal harga barang.

Cadangan dikemukakan beliau menerima pelbagai maklum balas, termasuk pakar ekonomi yang turut bersetuju dengan saranan berkenaan.

Berita berkaitan
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Kerajaan sedar tak rakyat sedang tertekan hari ini? soal Senator UMNO
December 13, 2023· Isu semasa
Kejatuhan ‘rating’ Anwar juga disumbang kegagalan Rafizi, kata penganalisis
November 25, 2023· Politik
Anwar sahkan akan hadir ke sidang APEC walaupun digesa boikot
November 7, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
SPRM ambil keterangan kedua Menteri DAP: Laporan
April 19, 2023
Rumah, kereta mewah bernilai RM1.6 juta disita SPRM
September 26, 2021
Hina Islam: Penghantar makanan masuk penjara, gagal bayar denda RM50,000
July 21, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok