Kemudahan kesihatan swasta boleh mohon pinjam ubat kerajaan

June 13, 2022 · Isu semasa

Kemudahan penjagaan kesihatan swasta yang menghadapi kekurangan ubat boleh mendapatkan bekalan diperlukan dari kemudahan penjagaan kesihatan swasta atau kerajaan yang terdekat.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata ini adalah antara penyelesaian sementara yang dikenal pasti oleh kementeriannya untuk mengatasi masalah kekurangan ubat-ubatan yang menjejaskan beberapa hospital swasta di negara ini.

“Kemudahan penjagaan kesihatan kerajaan mungkin mempertimbangkan untuk meminjamkan bekalan ubat kepada kemudahan penjagaan kesihatan swasta pada masa kecemasan, krisis dan bencana.

“Sebelum berbuat demikian, kemudahan penjagaan kesihatan kerajaan perlu memastikan bekalan ubat-ubatan mereka mencukupi untuk kegunaan harian di fasiliti masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Penyelesaian lain untuk mengatasi masalah itu buat sementara waktu ialah kemudahan penjagaan kesihatan swasta merujuk pesakit mereka ke kemudahan penjagaan kesihatan kerajaan terdekat untuk meneruskan rawatan mereka.

Bagaimanapun, ini mungkin memerlukan perubahan dalam rejimen ubat, tertakluk kepada ketersediaan ubat di kemudahan penjagaan kesihatan kerajaan.

Beliau berkata pesakit boleh membeli ubat di farmasi komuniti mengikut preskripsi yang disediakan oleh klinik kesihatan atau hospital masing-masing.

“Kementerian berharap langkah ini dapat menyelesaikan sementara masalah serta memastikan perkhidmatan kesihatan kepada rakyat di fasiliti kesihatan swasta tidak terjejas,” katanya.

Khairy menambah, kementerian telah mula berkongsi senarai alternatif kepada ubat-ubatan yang terjejas akibat gangguan itu dengan pengamal am, hospital swasta dan farmasi komuniti.

Berita berkaitan
PH hanya kritik Ismail Sabri tapi bukan desak PRU-15 awal, kata pemimpin
July 3, 2022· Politik
Ku Li jangka nilai ringgit jatuh lagi, gesa kerajaan campur tangan
July 2, 2022· Isu semasa
Malaysia bukan di planet lain, isu kos sara hidup berlaku seluruh dunia: PM
July 2, 2022· Isu semasa
Menteri UMNO tolak cadangan potong gaji, tak selesai harga barang naik
June 25, 2022· Isu semasa
Popular
Lelaki bogel tunggang motosikal ditahan disyaki bunuh isteri, bayi
July 4, 2022
Shafee hidap laringitis: Kes Najib, laporan audit didengar 12 Ogos
July 4, 2022
Mahkamah tolak permohonan Zahid tangguh prosiding kes rasuah
July 4, 2022
Perbicaraan pengesahan lafaz cerai MB Perlis ditetapkan 25 Ogos
July 4, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Syed Saddiq arah keluar tunai RM1 juta dari bank: Saksi pendakwaan
5 jam lalu · Isu semasa
Lelaki bogel tunggang motosikal ditahan disyaki bunuh isteri, bayi
5 jam lalu · Isu semasa
Gempur kilang, sempadan sekat seleweng minyak masak subsidi: PM
6 jam lalu · Isu semasa
Maybank IB pula unjur OPR naik 100 bps untuk 12 bulan akan datang
6 jam lalu · Isu semasa
Aidiladha: Lebih 2.3 juta kenderaan bakal guna KLK, LPT pada 8-11 Julai
7 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tak serius, kerajaan ambil lewa isu harga barang, kata pemimpin Amanah
July 1, 2022
[FOTO] Himpunan bantahan kenaikan harga
July 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok