Kempen PRN, Najib tiru cara Ebit Liew guna lori hantar bantuan

October 23, 2021 · Isu semasa

Strategi sama digunakan pendakwah terkenal Ebit Liew digunakan Datuk Seri Najib Razak bagi mendapat perhatian orang ramai dengan menggunakan lori menghantar bantuan makanan kepada mangsa banjir di Melaka.

Bekas Perdana Menteri itu menghantar bantuan makanan kepada warga Melaka yang terjejas akibat bencana banjir malam ini dan memanggil media untuk membuat liputan melibatkan program yang dihadirinya itu bersama-sama pemimpin UMNO Melaka lain.

Pendekatan sama digunakan Ebit Liew sebelum ini dalam program kebajikan yang ditajanya, malah pendakwah yang sedang dalam siasatan polis tersebut juga mempunyai pasukan medianya sendiri dan membuat liputan menerusi platform media sosial miliknya.

Nama Ebit Liew mendapat perhatian umum kerana penglibatannya dalam banyak program kebajikan seluruh negara.

Najib turut memuat naik sebuah video program pemberian bantuan yang dihantar dengan lori dalam akaun Facebooknya.

Untuk rekod, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyerahkan tugas kepada Najib untuk menggemudi jentera parti itu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan berlangsung pada 20 November ini.

Zahid tidak dapat mengetuai jentera UMNO dan Barisan Nasional (BN) kerana perlu mendapatkan rawatan sakit belakangnya di Jerman.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada 18 Oktober lalu, memutuskan PRN Melaka akan diadakan pada 20 November ini dengan kempen selama 12 hari bermula selepas perisytiharan calon pada 8 November sehingga jam 11.59 malam 19 November.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Punca penderaan di taska meningkat
April 24, 2022
SPRM ambil keterangan kedua Menteri DAP: Laporan
April 19, 2023
Malaysia tuan rumah Sukan SEA 2027
May 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok