Kempen ‘Penang Tolak Tambak’ dapat sambutan, kumpul 300 ribu sokongan

June 7, 2021 · Isu semasa

Kempen media sosial dalam talian menentang projek Tambakan Laut Selatan Pulau Pinang (PSR) menyaksikan gelombang sokongan orang ramai apabila berjaya mencapai lebih 300,000 sokongan hanya dalam sehari ia dilancarkan .

Dengan tanda pagar #PenangTolakTambak ia pada asalnya dilancarkan oleh kumpulan aktivis Penang Tolak Tambak pada Hari Alam Sekitar Sedunia Sabtu lalu.

Kempen tersebut berjaya menarik perhatian pengguna media sosial di seluruh negara untuk menyokong kempen itu sehingga berjaya mencipta suasana ‘gelombang ribut’ di Twitter.

Kini, mereka yang terlibat berharap dapat menunjukkan kepada kerajaan DAP Pulau Pinang bahawa masalah ini telah menarik perhatian masyarakat di seluruh negara dan memerlukan pertimbangan semula.

Jurucakap pergerakan dan anggota NGO Penang Forum, Khoo Salma Nasution berkata kempen dalam talian seperti ini memberi ruang kepada pihak lawan untuk membantah ketika protes fizikal sukar dilakukan.

“Dengan pelaksaan PKP, kita tidak boleh melakukan protes secara fizikal, jadi kita berusaha melakukan sesuatu melalui media sosial. Melihat isu persekitaran tempatan trending di Twitter adalah sesuatu yang bagus, saya tidak ingat kali terakhir itu berlaku, terutama kerana ramai orang menganggap ia sebagai masalah Pulau Pinang,” katanya dipetik portal Free Malaysia Today.

“Kami mahu kempen ini dijalankan diseluruh negara, kerana isu ini mempengaruhi semua orang. Ia masalah alam sekitar besar yang membawa kepada pelepasan karbon dan kesannya terhadap ekosistem laut, juga bagaimana ia akan mempengaruhi kehidupan nelayan.”

Bermula jam 10 pagi, sukarelawan mula menyebarkan tanda pagar #PenangTolakTambak dan #GenerationRestorasi serta mengulang semula penggunaannya, seterusnya membolehkan topik itu tersebar luas dan menarik perhatian NGO seperti Urban Biodiversity Malaysia, yang membantu menyebarkannya lebih meluas lagi.

Khoo berkata, kejayaan kempen itu sebahagian besarnya berpunca dari gesaan pembatalan projek dari pelbagai pihak, dengan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar dan kumpulan persatuan sivil antara yang turut menyuarakan bantahan mereka sejak minggu lalu.

Dengan peningkatan momentum bantahan terhadap projek itu, beliau berkata ini usaha terakhir pergerakan itu berusaha berjuang secara dalam talian.

“Sambutan yang diterima (dalam talian) sangat bermakna bagi kita semua yang terlibat, ini menunjukkan betapa orang ramai peduli dengan isu ini.

“Orang muda sangat peka terhadap alam sekitar dan aktif di media sosial, jadi kami berharap lebih ramai golongan itu dapat terlibat ketika kami melancarkan ‘ribut Twitter’ berikutnya.”

Terdahulu, projek ini turut mendapat bantahan daripada Ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

Katanya, projek itu tidak mendapat sokongan penuh rakyat.

Reezal yang juga Menteri Belia dan Sukan, berkata projek tambakan laut mega itu mendapat pelbagai reaksi negatif.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pengangkutan dan Infrastruktur Pulau Pinang, Zairil Khir Johari pada 4 Jun lalu menegaskan negeri itu terus kekal dengan pendiriannya mahu melaksanakan projek PSR berkenaan.

Jelasnya, projek itu bakal menjadi pemangkin bagi pelaburan asing dan mewujudkan peluang pekerjaan bernilai tinggi serta menghalang penghijrahan keluar modal insan dan menarik bakat terbaik ke negeri itu.

Jelas Zairil lagi, projek itu sudah dirancang dengan teliti dan berpotensi menjadi pembangunan mampan yang mematuhi piawaian persekitaran, sosial serta tadbir urus antarabangsa.

Terdahulu, Kerajaan Pulau Pinang bercadang melaksanakan projek PSR dengan keluasan lebih 2,600 hektar bagi membina tiga pulau buatan bagi membiayai Pelan Induk Pengangkutan (PIP) yang dianggar bernilai RM49 bilion dan melantik SRS Konsortium sebagai Rakan Pelaksana Projek (PDP).

Namun, projek mega itu mendapat tentangan pelbagai pihak dengan golongan nelayan tradisi di Pulau Pinang yang dikatakan paling teruk terjejas selain ia dilapor boleh mengubah sempadan laut negara dan mungkin menimbulkan masalah dengan negara jiran.

Berita berkaitan
Isu pertalian dengan komunis, tiga pemimpin DAP saman MP Kepala Batas
November 29, 2023· Politik
PAS bidas kenyataan biadab MP PKR dalam isu poligami, dakwa sentuh 3R
November 27, 2023· Politik
Orang Melayu sudah hilang kuasa, UMNO hanya menumpang dalam kerajaan
November 24, 2023· Politik
Wan Saiful cabar DAP saman UMNO-BN dalam isu Komunis
November 17, 2023· Politik
Popular
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
November 29, 2023
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
November 29, 2023
Sekumpulan gajah di Gerik pijak kereta, sekeluarga berdepan keadaan cemas
November 27, 2023
Mahkamah tolak permohonan penghakiman terus syarikat barang kemas terhadap Rosmah
November 29, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
November 29, 2023 · Isu semasa
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
November 29, 2023 · Isu semasa
Mahkamah benarkan pasport Muhyiddin dipulangkan untuk sementara
November 29, 2023 · Isu semasa
Mangsa banjir di Terengganu, Kelantan kekal setakat pagi ini
November 29, 2023 · Isu semasa
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
November 29, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Agihan saksama kepada sekolah cina walaupun tak dihargai
15 jam lalu
[VIDEO] Sanusi konsisten salur peruntukan pembangkang Kedah sejak 2020
17 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok