Kempen antirasuah Anwar hanya mahu singkir pembangkang: Tun M

March 20, 2023 · Isu semasa

Tun Dr Mahathir Mohamad melihat kempen antirasuah dilaksanakan kerajaan Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN) bertujuan menyingkirkan pembangkang menjelang pilihan raya di enam negeri tidak lama lagi.

Dalam kenyataan hari ini (20 Mac 2023), bekas Perdana Menteri Malaysia dua kali itu berkata pemimpin kerajaan yang diketahui terlibat dengan rasuah pula tidak disiasat.

“Ini menunjukkan kempen antirasuah ini adalah berkaitan menyingkirkan pemimpin pembangkang supaya tidak ada penentangan terhadap kerajaan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN),” katanya.

Enam negeri – Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan – bakal mengadakan PRN pertengahan tahun ini, setelah tidak menyertai Pilihan Raya Umum Ke-15 lalu.

Kenyataan Dr Mahathir berkaitan menyingkirkan pembangkang itu dipercayai menjurus kepada tindakan kerajaan PH-BN yang mendakwa Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin; bekas Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan; dan beberapa pemimpin Bersatu yang lain.

Dalam pendakwaan terpilih bermotifkan politik dan dendam, Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu didakwa kononnya menerima rasuah dan pengubahan wang haram, sedangkan sumbangan politik yang diterima Bersatu semuanya dimasukkan ke dalam akaun parti, bukan akaun peribadi, seperti dilakukan beberapa pemimpin UMNO.

Dalam kenyataan terbaharu itu, Dr Mahathir juga berkata kerajaan PH-BN yang diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim juga sekarang ini telah memutuskan bahawa rakyat tidak boleh bercakap mengenai bangsa dan agama.

Jelas sekali katanya, peraturan itu ditujukan kepada orang Melayu.

“Peraturan ini sebenarnya bersifat perkauman kerana menafikan hak orang Melayu. Bercakap tentang berbilang kaum dan agama tidak mengapa. Tidak mengapa kerana ia memihak kepada kaum lain. Ini juga rasis.

“Tiada siapa boleh menafikan bahawa di negara ini orang Melayu berhadapan dengan pelbagai masalah. Adalah jelas bahawa jika masalah ini tidak ditangani sekarang ia akan menjadi lebih teruk. Kerajaan tahu ini.

“Larangan ke atas orang Melayu membincangkan masalah mereka dan mencari jalan untuk mengatasinya adalah paling tidak demokratik dan anti-Melayu. Itu sekali lagi adalah perkauman.

“Sebenarnya kerajaan tidak tahu apa yang akan diperkatakan pada perhimpunan tersebut. Malah deklarasi itu tidak menyalahkan kaum lain. Ia menyalahkan pemimpin Melayu yang telah didapati bersalah kerana mencuri wang kerajaan, pengubahan wang haram dan rasuah,” katanya.

Berita berkaitan
LCS: Anwar cakap tak serupa bikin
6 jam lalu· Isu semasa
UMNO diramal hilang separuh sokongan akar umbi, kata KJ
7 jam lalu· Politik
Dana judi: Tarik balik kenyataan, minta maaf kata PAS
10 jam lalu· Politik
Wakil kerajaan jumpa Tuan Ibrahim tawar kerjasama juga
13 jam lalu· Politik
Popular
Zahid mahu SKMM ambil tindakan terhadap Telegram
May 29, 2023
Projek Aerotropolis: Sanusi kata susah betul nak dapat jumpa PMX
May 29, 2023
Raja Arshad dilantik sebagai Pengerusi baharu PNB bermula 1 Jun
May 29, 2023
Kes bunuh dan bakar wanita, reman seorang lelaki disambung 5 hari
May 29, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Menu Rahmah berjaya turun inflasi harga makanan, kata Salahuddin
7 jam lalu · Isu semasa
Ringgit ditutup rendah, harga minyak juga jatuh
9 jam lalu · Isu semasa
Projek Aerotropolis: Sanusi kata susah betul nak dapat jumpa PMX
9 jam lalu · Isu semasa
Raja Arshad dilantik sebagai Pengerusi baharu PNB bermula 1 Jun
9 jam lalu · Isu semasa
Zahid mahu SKMM ambil tindakan terhadap Telegram
9 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Malaysia Madani gagal, Anwar jadi PM buat apa pun tak jadi
1 jam lalu
[VIDEO] Menuduh tanpa bukti tak adil, rakyat akan sedar penipuan Anwar
6 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok