Kementerian Wilayah perhalusi pindah binaan kuil, tokong tidak sah

April 14, 2021 · Isu semasa

Kementerian Wilayah Persekutuan akan memperhalusi langkah untuk memindahkan kuil dan tokong yang didirikan di atas tanah kerajaan secara tidak sah.

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Santhara Kumar berkata sebanyak 115 kuil dan tokong yang didirikan secara tidak sah di ibu kota sudah dikenalpasti.

“Daripada baki 107 yang ada, sebanyak 56 telah dikenal pasti sebagai RIBI dan memerlukan tindakan segera, iaitu berpindah kerana kawasan sebelum ini akan dibangunkan,” katanya dipetik Bernama hari ini.

Daripada jumlah itu, sebanyak lapan kes berjaya diselesaikan dengan kuil dan tokong yang terlibat diberikan surat tawaran pendudukan secara sah, manakala selebihnya ada yang ditawarkan tapak ganti yang dirizabkan sebagai tapak Rumah Ibadat Bukan Islam (RIBI).

Sebagai usaha mengatasi semua permasalahan itu, Santhara berkata kementerian melalui Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan (PPTGWP), mengambil pendekatan mewujudkan Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif RIBI (MJE RIBI) pada Ogos lepas, dengan dipengerusikan oleh beliau sendiri.

MJE itu, katanya turut disertai oleh wakil setiap persatuan agama bagi membincangkan hal berkaitan pengurusan isu RIBI, selain mencari penyelesaian terhadap isu pendudukan tidak sah.

Santhara berkata, sepanjang menguruskan permasalahan itu antara cabaran yang diterima termasuk tidak mendapat kerjasama yang baik daripada pemilik tanah, pengurusan kuil serta tokong, selain fakta yang tidak tepat sekali gus melambatkan isu itu dibawa kepada MJE RIBI.

Pada masa sama, beliau turut berharap semua persatuan agama lebih peka terhadap penubuhan rumah ibadat, terutama di atas tanah kerajaan dan meminta mereka memohon kebenaran merancang terlebih dahulu daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

“Kita sentiasa menyokong usaha untuk mengekalkan keharmonian masyarakat yang berbilang kaum,” katanya.

Berita berkaitan
Telefon Shahidan jika jalan KL rosak
October 7, 2021· Isu semasa
‘Dine in’ bahaya jika dibenarkan juga semasa PKP, kata Annuar
May 6, 2021· Isu semasa
Popular
Lelaki bogel tunggang motosikal ditahan disyaki bunuh isteri, bayi
July 4, 2022
Mahkamah tolak permohonan Zahid tangguh prosiding kes rasuah
July 4, 2022
Shafee hidap laringitis: Kes Najib, laporan audit didengar 12 Ogos
July 4, 2022
Perbicaraan pengesahan lafaz cerai MB Perlis ditetapkan 25 Ogos
July 4, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Syed Saddiq arah keluar tunai RM1 juta dari bank: Saksi pendakwaan
2 jam lalu · Isu semasa
Lelaki bogel tunggang motosikal ditahan disyaki bunuh isteri, bayi
2 jam lalu · Isu semasa
Gempur kilang, sempadan sekat seleweng minyak masak subsidi: PM
3 jam lalu · Isu semasa
Maybank IB pula unjur OPR naik 100 bps untuk 12 bulan akan datang
3 jam lalu · Isu semasa
Aidiladha: Lebih 2.3 juta kenderaan bakal guna KLK, LPT pada 8-11 Julai
4 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tak serius, kerajaan ambil lewa isu harga barang, kata pemimpin Amanah
July 1, 2022
[FOTO] Himpunan bantahan kenaikan harga
July 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok