Kementerian Sumber Manusia akan hantar laporan kepada Muhyiddin

September 28, 2022 · Isu semasa

Kementerian Sumber Manusia (KSM) akan menghantar laporan terkini kepada Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung isu kekurangan tenaga kerja asing, terutama bagi Perusahaan Mikro Kecil Sederhana (PMKS).

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan dipetik sebagai berkata banyak perkara telah dilaksanakan oleh kementeriannya berhubung isu pekerja asing.

Beliau beliau yakin Muhyiddin tidak dimaklumkan mengenai perkembangan isu berkenaan, lapor Awani.

“Mungkin tidak ada orang beritahu Tan Sri Muhyiddin apa yang telah berlaku setakat ini. KSM telah menyelesaikan semua Memorandum Persefahaman (MoU) dan kebenaran untuk membawa masuk pekerja asing juga telah diluluskan.

“Apabila kita jumpa doktor kalau sakit, kena cakap dengan doktor sakit di mana. Jangan cakap sakit-sakit, sakit di mana? Di KSM, di KDN, negara sumber atau kedutaan?

“Sudah macam satu fesyen, semua nak bercakap pasal pekerja asing. You don’t even know the process. Pengambilan pekerja asing berperingkat. Satu, di KSM dan MO dan itu tanggungjawab kita. Selepas itu KDN, dan kedutaan akan buat pengesahan dan kemudian ejen dan sekarang KSM kena selesaikan semua masalah kita.

“Bagaimanapun, mungkin kita akan hantar laporan terkini kepada Tan Sri Muhyiddin. Tidak ada masalah, sebab mungkin Tan Sri tidak dapat laporan penuh,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Penutup Dialog Berstruktur Tripartite 2022 Wilayah Tengah di Bangi.

Pada Selasa, Muhyiddin yang juga bekas Perdana Menteri kecewa apabila hanya 16 daripada 69 perakuan berkaitan isu utama yang diusulkan majlis itu, dilaksanakan kerajaan.

Katanya, 30 daripada 69 perakuan berkenaan masih dalam pelaksanaan, 14 lagi belum dilaksanakan atau tiada maklum balas daripada kementerian atau agensi berkaitan, manakala sembilan lagi masih menunggu keputusan Kabinet.

Antara perakuan utama dikemukakan MPN yang Muhyiddin sifatkan prestasi pelaksanaannya tidak memuaskan, termasuk berkaitan isu kekurangan tenaga kerja asing, terutama bagi PMKS yang menjejaskan produktiviti dan merencat proses pemulihan negara.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Saya seleweng RM600 bilion?
7 jam lalu· Rencana
Selepas jadi PM, Anwar kata sedia terima PN dalam kerajaan dibentuk
November 24, 2022· Politik
Agong titah 30 MP BN datang menghadap, yang datang cuma 3
November 23, 2022· Politik
PN terima satu lagi sokongan angkat Muhyiddin jadi PM
November 22, 2022· Politik
Popular
Perbicaraan 1MDB Najib berakhir awal hari ini, peguam bela sakit lagi
December 5, 2022
Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman: Usah biar hakim ‘melutut’ kepada peguam
December 4, 2022
Laporan Utusan juga sahkan Najib kini berada di hospital bukan penjara
December 1, 2022
1,502 kes baharu, tiga kematian
December 5, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Perbicaraan 1MDB Najib berakhir awal hari ini, peguam bela sakit lagi
2 jam lalu · Isu semasa
1,502 kes baharu, tiga kematian
11 jam lalu · Isu semasa
Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman: Usah biar hakim ‘melutut’ kepada peguam
December 4, 2022 · Isu semasa
1,866 kes baharu, enam kematian
December 4, 2022 · Isu semasa
2,421 kes baharu, 9 kematian
December 3, 2022 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Muhyiddin tak takut disiasat, dakwaan RM600 bilion berniat jahat
2 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Ustaz Nassuruddin di ceramah PRK Padang Serai
7 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok