Kementerian Pendidikan terima peruntukan terbesar RM52.6 bilion

October 29, 2021 · Isu semasa

Kerajaan bersetuju menyediakan Bantuan Awal Persekolahan sebanyak RM150 mulai awal tahun depan, meningkat berbanding RM100, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Membentangkan Bajet 2022 di Dewan Rakyat hari ini, beliau berkata untuk tujuan itu sebanyak RM450 juta ringgit diperuntukkan yang dijangka memanfaatkan tiga juta murid-murid yang layak.

Beliau mengumumkan Kementerian Pendidikan menerima peruntukan terbesar iaitu RM52.6 bilion atau 16 peratus daripada keseluruhan anggaran perbelanjaan Persekutuan, tahun depan, sementara Kementerian Pengajian Tinggi bakal diperuntukkan sejumlah RM14.5 bilion.

Selain itu beliau turut mengumumkan:

* RM1 bilion disediakan untuk kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan sekolah, termasuk RM140 juta kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia bagi menyelenggara antaranya sekolah tahfiz, sekolah agama rakyat dan institusi pondok berdaftar, meningkat berbanding RM100 juta dalam bajet tahun lalu.

* RM120 juta disediakan untuk manfaat 1,800 buah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan juga Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil.

* RM746 juta menaik taraf sekolah-sekolah daif, dengan sebahagian besar membabitkan 112 projek di Sabah dan 165 di Sarawak.

* RM50 juta bagi memperkasa agenda pendidikan khas, termasuk untuk membiayai pembelian peralatan mengajar dan menambah baik fasiliti sekolah berkeperluan khas. Selain itu, sebanyak lapan buah blok baharu pendidikan khas turut dibina, antaranya di SMK Tuanku Lailatul Shahreen di Perlis dan SMK Agama Alor Gajah di Melaka.

* RM400 juta penyediaan bekalan susu harian di bawah Rancangan Makanan Tambahan bagi memastikan murid daripada keluarga berpendapatan rendah mendapat kandungan khasiat harian demi pertumbuhan fizikal dan mental yang menyeluruh.

* RM100 kepada lebih 400,000 guru sekolah di bawah KPM menerusi Insentif Khas Alat Bantuan Mengajar secara sekali bayar, sebagai menghargai jasa guru yang menyediakan bahan mengajar tambahan kepada murid-murid semasa tempoh pandemik dan pelaksanaan PdPR.

* RM450 juta bagi melaksanakan inisiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia bagi membekalkan sebuah tablet kepada setiap pelajar B40 di institusi pengajian tinggi, melibatkan 600,000 individu. Syarikat telekomunikasi yang turut menyumbang kira-kira RM65 juta untuk tujuan sama.

* Kerajaan bercadang untuk melanjutkan pelepasan khas cukai pendapatan individu sehingga 2,500 ringgit ke atas pembelian telefon bimbit, komputer dan tablet sehingga 31 Disember 2022.

* RM6.6 bilion bagi memperkasa Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET). Peruntukan tambahan RM200 juta disediakan untuk program usaha sama dengan industri termasuk Skim Latihan Dual Nasional dan program persijilan industri.

Tengku Zafrul juga memaklumkan bagi memudahkan proses bayaran balik dan memupuk sikap bertanggungjawab, kerajaan bersetuju memberikan diskaun bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bermula 1 November 2021 hingga 30 April 2022 seperti berikut:

Pertama: Diskaun 15 peratus atas baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman;
Kedua: Diskaun 12 peratus untuk bayaran sekurang-kurangnya 50 peratus daripada baki hutang dalam sekali bayaran; dan
Ketiga: Diskaun 10 peratus untuk bayaran balik melalui potongan gaji atau debit terus mengikut jadual.

Berita berkaitan
Projek MRT3 dianggar bernilai RM50.2 bilion, bakal guna tender terbuka
August 2, 2022· Isu semasa
Pembentangan Bajet 2023 mengikut jadual, tiada PRU-15 sebelum Oktober?
July 9, 2022· Politik
Zafrul perlu tawan hati akar umbi jika mahu jadi calon: Mat Maslan
June 17, 2022· Politik
Sistem GST akan ditambah baik jika diperkenalkan semula: Zafrul
June 10, 2022· Isu semasa
Popular
RM93,300 untuk belanja sambutan hari jadi isteri Zahid, kata saksi
August 10, 2022
Model pakai seksi: Kerajaan PAS panggil penganjur minggu fesyen
August 10, 2022
Peguam baharu Najib tarik diri jika kes rayuan diteruskan: Laporan
August 10, 2022
Kajian ubah cuti rehat hujung minggu diserah kepada Sultan Johor
August 10, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Hishammuddin perlu jawab tiga persoalan isu kapal tempur TLDM
3 jam lalu · Isu semasa
Bot karam di Pulau Redang: Tiga nelayan lemas, dua masih hilang
4 jam lalu · Isu semasa
RON97 turun lagi 10 sen
4 jam lalu · Isu semasa
Hishammuddin sokong dedah laporan audit forensik kapal LCS
6 jam lalu · Isu semasa
Saksi beritahu tak siasat VIP lain didakwa terima wang UKSB
6 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Bersatu serah memorandum tubuh RCI siasat projek LCS
8 jam lalu
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
August 8, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok