Kementerian Kewangan, LHDN sumbang 1,000 bakul makanan

July 31, 2021 · Isu semasa

Kementerian Kewangan (MOF) bersama Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menyumbang 1,000 bakul makanan kepada golongan terjejas akibat penularan pandemik Covid-19.

Program CSR MOF-LHDN Prihatin itu diserahkan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz kepada wakil penerima membabitkan kariah empat masjid di kawasan Segambut di ibu negara hari ini.

Masjid berkenaan ialah Masjid Al-Qurtubi di Taman Sri Segambut; Masjid Imam Al-Ghazali, di Bandar Sri Manjalara; Masjid Al-Ubudiah di Bukit Segambut; dan Masjid Al-Firdaus di Segambut Luar.

Tengku Zafrul berkata rakyat daripada kaum dan agama lain yang terkesan akibat Covid-19 turut menerima sumbangan yang disalurkan menerusi masjid berkenaan.

Katanya, kerjasama antara MOF dengan LHDN itu menterjemahkan usaha kerajaan membantu meringankan beban rakyat terjejas akibat pandemik.

Selain itu, usaha ini juga dapat memastikan kebajikan mereka terbela dengan mempunyai bekalan makanan dan keperluan asas mencukupi,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Datuk Seri Dr Sabin Samitah dan Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Mohd Ajib Ismail.

Sementara itu, Dr Sabin berkata, LHDN sentiasa memberikan sokongan terhadap penganjuran setiap program membabitkan kesejahteraan rakyat.

“Melalui program seumpama ini bukan sahaja hubungan LHDN dengan rakyat akan lebih erat, malah ia sekali gus akan meningkatkan kesedaran dalam kalangan mereka betapa pentingnya sumbangan sukai pendapatan untuk manfaat negara,” katanya.

Beliau berharap inisiatif dan kerjasama sebegitu diteruskan pada masa depan supaya lebih ramai rakyat dapat dibantu khususnya golongan sasar yang amat memerlukan bantuan.

Berita berkaitan
Rosmah mohon representasi baharu gugur 17 pertuduhan kes mahkamah
December 13, 2023· Politik
Cukai RM9.41 juta: Shafee dan LHDN dalam proses selesaikan tunggakan
December 5, 2023· Isu semasa
Mahkamah kekalkan keputusan Najib dan anak perlu bayar cukai RM1.7 bilion
October 16, 2023· Isu semasa
Diskaun PTPTN dihentikan, Menteri KPT kata MOF yang tentukan
October 5, 2023· Isu semasa
Popular
Tuntut cerai: Mahkamah perintah Khir Toyo, isteri lantik Hakam Islah
June 27, 2022
Kemiskinan berleluasa, ketidakstabilan ekonomi akibat rasuah
February 8, 2023
Polis cari dua wanita video gurauan tarik tudung dipakai muslimah
July 6, 2022
Hina Islam: Penghantar makanan masuk penjara, gagal bayar denda RM50,000
July 21, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok