Kementerian akan buat hebahan kehilangan Zalina: Rina

July 21, 2022 · Isu semasa

Platform media sosial Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan digunakan bagi membantu membuat hebahan mengenai kehilangan bekas pembaca berita sebuah stesen televisyen, Zalina Shaharah Azman atau lebih dikenali sebagai Zalina Azman.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Harun berkata pihaknya akan bersama-sama membantu menguar-uarkan perkara tersebut melalui semua platform media sosial kementerian, lapor Bernama.

Rina berkata pihaknya turut bersimpati dengan kehilangan personaliti televisyen itu sejak November tahun lepas.

“Kita mengenali beliau sebagai pembaca berita sebelum ini, siapa yang tidak kenal. Saya simpati dan berdoa agar beliau dapat ditemui dalam keadaan selamat.

“Saya lihat banyak juga badan bukan kerajaan (NGO), Datuk Ras Adiba Radzi pun turut sama membantu untuk mencari beliau,” katanya kepada media selepas Persidangan Meja Bulat Wanita Bangkit 2022 di sini hari ini.

Beliau turut berharap keluarga bekas pembaca berita itu tidak berputus asa dan terus tabah serta cekal mencari beliau.

“Saya harap, sebagai masyarakat Malaysia selepas berita ini disiarkan bila jalan lihatlah kiri dan kanan,” katanya.

Semalam, Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim dilapor berkata Zalina Shaharah, 58, dipercayai masih berada dalam negara susulan tiada pergerakan keluar membabitkan wanita itu yang dikesan pihak berkuasa setakat ini.

Isnin lepas, Mohd Iqbal dalam satu kenyataan berkata pihaknya menerima laporan daripada anak lelaki Zalina Shaharah, Mikhael Norman, 33, berkenaan kehilangan ibunya pada 29 Nov tahun lepas.

Berita berkaitan
Polis tahan lelaki buat ugutan terhadap Menteri Pendidikan
November 4, 2023· Politik
Dua lelaki ditahan berhubung kenyataan kritik PM dalam media sosial
October 28, 2023· Isu semasa
Akan ada latihan pengundi BN untuk mengundi PH dalam dua PRK: Zahid
August 27, 2023· Politik
Ismail Sabri pertikai akta baharu 3R, dibimbangi ikat kebebasan bersuara
August 5, 2023· Isu semasa
Popular
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Yusri Ketua Polis Perak baharu
August 25, 2022
Kemiskinan berleluasa, ketidakstabilan ekonomi akibat rasuah
February 8, 2023
Reka bentuk baharu jalan Bukit Kayu Hitam ke Sadao siap November
August 28, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok