Kematian tahanan di Sabah kerana lewat hantar pulang: Indonesia

June 30, 2022 · Isu semasa

Kelewatan penghantaran pulang akibat sekatan perjalanan ketika pandemik Covid-19 dikenal pasti sebagai punca utama kematian tahanan warganegara Indonesia di depoh imigresen di Sabah, Malaysia, menurut laporan Kementerian Luar Indonesia.

Perkara itu didedahkan ketika pertemuan secara maya dengan Jabatan Imigresen Negeri Sabah, Jabatan Kesihatan Sabah dan Gabungan Pekerja Migran Berdaulat (KBMB) pada Rabu (29 Jun).

Malaysia dan Indonesia melaksanakan kuarantin ketat, kawalan pergerakan, penutupan sempadan dan larangan perjalanan mengikut keperluan sejak 2020 bagi membendung penularan jangkitan Covid-19.

Dalam satu kenyataan, kementerian itu memaklumkan seramai 18 tahanan warga Indonesia meninggal dunia di Pusat Tahanan Imigresen di Sabah pada 2021, dan tujuh lagi dari Januari hingga Jun 2022.

Kenyataan itu turut mendedahkan nama tahanan dan punca kematian berdasarkan keputusan bedah siasat hospital.

Dalam pertemuan itu, kementerian berkenaan meminta Malaysia mempercepatkan proses penghantaran pulang tahanan memandangkan risiko penularan wabak agak rendah buat masa ini dan kementerian bersedia membiayai proses itu.

Konsulat Jeneral Republik Indonesia di Kota Kinabalu dan Konsulat Republik Indonesia di Tawau merancang untuk meningkatkan lawatan ke depoh imigresen secara rutin dan akan menyediakan keperluan seperti pakaian, makanan, ubat-ubatan dan peralatan perubatan.

Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Hermono, akan berkunjung ke Sabah secepat mungkin bagi membantu proses itu, menurut kenyataan itu.

Kementerian Luar Indonesia pada Rabu meminta penjelasan daripada Jabatan Imigresen Negeri Sabah susulan laporan yang dikeluarkan KBMB mengenai layanan terhadap warganya di depoh tahanan di Malaysia.

Laporan itu mendakwa terdapat kematian dan tahanan diberi layanan tidak berperikemanusiaan di Depoh Tahanan Imigresen di Tawau.

Bagaimanapun, dakwaan itu disangkal Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud. – Bernama

Berita berkaitan:

JIM nafi laporan depoh tahanan “Seperti Neraka” 

NGO Indonesia kata depoh Imigresen Malaysia “Seperti Neraka”: SCMP 

 

Berita berkaitan
Shafie menang tanpa bertanding Presiden Warisan
August 15, 2022· Politik
KPM akan umum data pelajar lepas SPM tidak lanjut pelajaran: Radzi
August 14, 2022· Isu semasa
Gempa bumi lemah dikesan di Kundasang
August 14, 2022· Isu semasa
Malaysia catat kerugian RM560 juta akibat jenayah siber tahun lepas
August 11, 2022· Isu semasa
Popular
Najib, Sungai Buloh jadi trend di Twitter selepas permohonan ditolak
August 16, 2022
Skandal LCS: TLDM kalah bertempur sejak awal, kata bekas panglima
August 15, 2022
Zahid tukar reka bentuk LCS walaupun TLDM tidak setuju
August 17, 2022
‘Sila laksanakan’, tulis Zahid dalam surat berkaitan skandal kapal LCS
August 17, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Ringgit, saham dibuka rendah
7 minit lalu · Isu semasa
Sindiket penipuan pembantu rumah ligat ketika krisis Covid-19
1 jam lalu · Isu semasa
3,516 kes semalam, 15 kematian
2 jam lalu · Isu semasa
Rayuan akhir Najib bermula hari ini
2 jam lalu · Isu semasa
Malaysia berhasrat belajar dari Thailand halal ganja perubatan
13 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Polisi baharu cegah kematian tahanan polis
August 15, 2022
[VIDEO] Himpunan kapal LCS mahu siasatan bukan penjelasan
August 15, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok