Kematian sebenar semalam hanya 107 pesakit

September 16, 2021 · Isu semasa

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini melaporkan 422 kematian direkodkan dalam tempoh 24 jam semalam, dengan 92 daripadanya adalah kes meninggal dunia sebelum bantuan perubatan dapat diberikan (BID).

Bagaimanapun, kematian sebenar dalam tempoh itu hanya membabitkan 107 pesakit, manakala 315 lagi adalah kes tertunggak.

Berdasarkan pangkalan maklumat COVIDNOW, jumlah kumulatif kematian sejak Covid-19 mula menular di negara ini awal tahun lalu hingga semalam mencecah 22,009 kes.

Sementara itu, kes kematian, termasuk kes tertunggak di tujuh negeri – Kedah, Sabah, Johor, Pulau Pinang, Pahang, Terengganu, dan Perlis – dalam tempoh 24 jam semalam meningkat berbanding sehari sebelumnya.

Kedah merekodkan 79 kes kematian semalam, berbanding 54 kes kelmarin; Sabah (71 semalam, 16 kelmarin); Johor (46 semalam, 38 kelmarin); Pulau Pinang (37 semalam, 23 kelmarin); Pahang (10 semalam, 6 kelmarin); Terengganu (4 semalam, 3 kelmarin); dan Perlis (4 semalam, 0 kelmarin).

Bagaimanapun, jumlah kematian sebenar semalam di Kedah hanya enam kes; Sabah (15 kes); Johor (19 kes); Pulau Pinang (17 kes); Pahang (empat kes); Terengganu (tiga kes); dan Perlis (satu kes).

Selangor kekal merekodkan jumlah tertinggi dengan 116 kes kematian semalam, berbanding 255 kes kelmarin. Jumlah kematian sebenar di Selangor semalam hanya 12 kes.

Menurut data COVIDNOW dikendalikan KKM, sehingga semalam sebanyak 225,590 kes masih aktif, dengan seramai 186,773 pesakit sedang menjalani kuarantin kendiri di rumah.

Seramai 25,283 pesakit sedang dirawat di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), dan 12,254 pesakit lagi di hospital.

Seramai 642 pesakit yang tidak memerlukan alat bantuan pernafasan dirawat di unit rawatan rapi (ICU), manakala 638 pesakit lagi memerlukan alat bantuan pernafasan.

Berita berkaitan
Najib pulang ke Penjara Kajang selepas terima rawatan
November 5, 2023· Politik
Semoga cepat sembuh, doa Muhyiddin kepada Najib yang sedang dirawat
November 4, 2023· Politik
Lokman Adam bebas tuduhan sebar berita palsu berkait Covid-19, vaksin
June 23, 2023· Isu semasa
Kertas putih vaksin, KJ tak salahkan PMX terima nasihat tak tepat
June 13, 2023· Isu semasa
Popular
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
November 29, 2023
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
November 29, 2023
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
November 29, 2023
Selamat tinggal dunia mak nyah, luahan Cikgu Erin
October 19, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
13 jam lalu · Isu semasa
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
14 jam lalu · Isu semasa
Mahkamah benarkan pasport Muhyiddin dipulangkan untuk sementara
21 jam lalu · Isu semasa
Mangsa banjir di Terengganu, Kelantan kekal setakat pagi ini
21 jam lalu · Isu semasa
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
21 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Agihan saksama kepada sekolah cina walaupun tak dihargai
5 jam lalu
[VIDEO] Sanusi konsisten salur peruntukan pembangkang Kedah sejak 2020
6 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok