Kematian melonjak kepada 75 kes

March 1, 2022 · Isu semasa

Jumlah kematian akibat komplikasi Covid-19 dalam tempoh 24 jam semalam, melonjak ke paras tertinggi sepanjang tahun ini, berbanding 40 kes pada Ahad, menurut data dikeluarkan Kementerian Kesihatan (KKM), hari ini.

Dalam tempoh itu, sebanyak 75 kes kematian dilaporkan, termasuk 20 pesakit yang meninggal dunia sebelum bantuan perubatan dapat diberikan atau dikategorikan sebagai kes ’brought in death’ (BID).

Bagaimanapun, tiada maklumat diberikan sama ada 20 kes BID itu membabitkan dalam kalangan 281,714 pesakit yang diarah menjalani kuarantin di rumah.

Sejak penularan Covid-19 di negara ini awal 2020 lalu hingga semalam, jumlah kumulatif kematian meningkat kepada 32,749 kes, termasuk 6,710 kes BID.

Daripada data laman sesawang CovidNOW kendalian KKM yang dikemas kini pagi ini, 13 negeri mencatat kes kematian, sementara tiada pesakit Covid-19 meninggal dunia di Perlis, Labuan dan Putrajaya, semalam.

Selangor merekodkan jumlah kematian tertinggi semalam iaitu sebanyak 22 kes, termasuk lima kes BID. Jumlah itu menjadikan kes kematian terkumpul di negeri itu meningkat kepada 10,185 kes, termasuk 2,178 kes BID.

Sehingga semalam, Selangor merekodkan 949,634 kumulatif positif, dengan 860,849 pesakit telah sembuh, dan 78,600 kes masih aktif, menurut KKM.

Daripada jumlah kes aktif itu, seramai 76,774 pesakit menjalani kuarantin di rumah; 380 ditempatkan di PKRC; 1,408 dimasukkan ke hospital; dan 38 pesakit dirawat di unit rawatan rapi (ICU), dengan 26 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sehingga semalam juga, seramai 4,797,197 atau 94.8 peratus populasi keseluruhan di Selangor telah lengkap divaksinasi, 5,030,457 atau 99.2 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos, dan 3,707,234 atau 88.0 peratus individu dewasa menerima dos penggalak.

Bagi negeri-negeri lain pula, Johor mencatat kes kematian kedua tertinggi iaitu sebanyak 13 kes, diikuti Sabah (11 kes); dan masing-masing tujuh kes di Kedah serta Perak.

Kelantan, Melaka serta Pulau Pinang pula masing-masing mencatat tiga kes kematian, Terengganu (dua kes); dan masing-masing satu di Negeri Sembilan, Pahang, Sarawak serta Kuala Lumpur.

Sehingga kini, lima negeri kekal merekodkan kes kematian tertinggi melebihi 2,000 kes, dengan Selangor mencatat 10,185 kes, diikuti Johor (4,060 kes); Sabah (2,969); Kuala Lumpur (2,717); dan Kedah (2,266 kes).

Pecahan kes berkaitan Covid-19 di setiap negeri sehingga 28 Februari 2022.

Berita berkaitan
Radzi berharap Dr Noor Hisham terus menyumbang kepada negara
June 3, 2023· Isu semasa
Tuaran dikategori zon merah Covid-19 selepas kes meningkat
May 16, 2023· Isu semasa
Penduduk Malaysia dianggar 33.2 juta : Jabatan Perangkaan
May 11, 2023· Isu semasa
Kemasukan hospital pesakit Covid-19 meningkat: KKM
May 5, 2023· Isu semasa
Popular
Wanita cemas kereta terperangkap dalam banjir kilat di Klang
June 4, 2023
China mungkin tidak benarkan Jho Low balik Malaysia, kata Justo
June 4, 2023
Terima ugutan sindiket along, Ketua Polis Pulau Pinang tak akan tunduk
June 3, 2023
Dakwaan P.Pinang milik Kedah, tak perlu takut kata Samsuri
June 3, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Ekstradisi Jho Low rumit, mencabar : MCW
2 jam lalu · Isu semasa
China mungkin tidak benarkan Jho Low balik Malaysia, kata Justo
6 jam lalu · Isu semasa
Suri rumah hangus RM110,556 terperdaya sindiket penipuan
9 jam lalu · Isu semasa
Wanita cemas kereta terperangkap dalam banjir kilat di Klang
9 jam lalu · Isu semasa
Terima ugutan sindiket along, Ketua Polis Pulau Pinang tak akan tunduk
23 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Sanusi di himpunan jentera PB Best Pulau Pinang
15 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Dominic di himpunan jentera PN Pulau Pinang
17 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok