Kematian melonjak dua hari, Selangor kekal tertinggi

September 23, 2021 · Isu semasa

Jumlah kematian akibat Covid-19 di seluruh negara dalam tempoh 24 jam semalam, melonjak dua hari berturut-turut menjadikan kumulatif sejak Mac tahun lalu meningkat kepada 24,565 kes.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam kemas kini di laman web COVIDNOW hari ini memaklumkan dalam tempoh 24 jam lalu, 487 pesakit meninggal dunia, naik dua hari berturut-turut berbanding 334 pada Selasa, dan 301 pada Isnin.

Pada masa sama jumlah pesakit Covid-19 yang disahkan meninggal dunia sebelum dibawa ke hospital atau kes brought in death (BID) pula meningkat sebanyak 161 kes semalam, berbanding 84 kes kelmarin.

Berdasarkan statistik KKM, sembilan negeri merekodkan peningkatan kes kematian semalam, dengan Sabah merekodkan lonjakan tinggi daripada 14 kes kelmarin kepada 87 kes semalam.

Johor merekodkan 63 kes kematian semalam, berbanding 37 kes kelmarin; Kuala Lumpur (44 kes semalam, 18 kes kelmarin); Pulau Pinang (36 kes semalam, 7 kes kelmarin); Kelantan (26 kes semalam, 20 kes kelmarin); Perak (18 kes semalam, 12 kes kelmarin); Kedah (14 kes semalam, 8 kes kelmarin; Melaka (5 kes semalam, 3 kes kelmarin); dan Perlis (2 kes semalam, 0 kelmarin).

Selangor walaupun merekodkan 178 kes berbanding 187 kes kelmarin, namun kekal menjadi negeri tertinggi mencatatkan kes kematian.

Kes aktif

Sementara itu, statistik KKM turut menunjukkan sehingga semalam kes aktif semakin berkurangan kepada 201,274 kes, berbanding 206,473 kes pada Selasa, 207,698 (Isnin); dan 210,468 (Ahad).

Menurut KKM, daripada jumlah itu 168,258 pesakit menjalani kuarantin kendiri di rumah, turun berbanding 172,868 kes yang dilaporkan pada Selasa.

Seramai 21,581 pesakit lagi dirawat di PKRC, 10,321 di hospital, manakala 1,114 pesakit, termasuk 615 yang memerlukan alat bantuan pernafasan dirawat di unit rawatan rapi (ICU).

Sementara itu sejak awal Mac tahun lalu hingga semalam, seramai 1,917,085 pesakit telah sembuh, berbanding jumlah kumulatif positif sebanyak 2,138,150 kes.

Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK)

KKM turut memaklumkan sejak PICK dilancarkan 24 Februari lalu hingga semalam, 81.0 peratus atau 18,986,347 individu dewasa telah lengkap divaksin, manakala 93.3 peratus atau 22,348,422 lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin Covid-19.

Semalam sahaja sebanyak 321,342 dos diberikan membabitkan 121,631 penerima dos pertama, dan 199,711 penerima melengkapkan dos kedua masing-masing.

Secara keseluruhan sebanyak 41,247,271 dos vaksin telah diberikan membabitkan 58.1 peratus daripada keseluruhan populasi Malaysia yang lengkap divaksin, dan 68.4 peratus lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan.

Mengenai jenama vaksin yang diberikan, KKM memaklumkan 46.9 peratus melibatkan vaksin jenis Pfizer, 44.9 peratus (Sinovac), 8.0 peratus (AstraZeneca), dan 0.2 peratus (Cansino).

Berita berkaitan
Pengerusi PAC sebelum ini dari DAP sahkan perolehan vaksin teratur, nak spin apa lagi?
January 25, 2023· Isu semasa
4,069 pengembara China tiba di Malaysia, belum kesan positif Covid-19: KKM
January 10, 2023· Isu semasa
Sempadan China dibuka semula ketika kes Covid-19 semakin meningkat
January 8, 2023· Dunia
Tak perlu SOP ketat dikenakan kepada pengembara China: Menteri Pelancongan
January 7, 2023· Isu semasa
Popular
Perlis juga mahu tutup premis judi
February 1, 2023
Polis siasat NST, BH kerana dakwa murid SJKC tak minat belajar BM
February 1, 2023
Anwar lantik Izzah boleh bawa kepada nepotisme, kata IDEAS
February 1, 2023
Fahmi beritahu dirinya sudah dilantik sebagai jurucakap kerajaan
January 31, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Sabah catat peningkatan mangsa banjir, Johor turun
4 jam lalu · Isu semasa
Harga petrol dan diesel tak turun dan tak naik, kekal tak berubah
4 jam lalu · Isu semasa
Anwar lantik Izzah boleh bawa kepada nepotisme, kata IDEAS
7 jam lalu · Isu semasa
Polis siasat NST, BH kerana dakwa murid SJKC tak minat belajar BM
7 jam lalu · Isu semasa
Perlis juga mahu tutup premis judi
8 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Kerajaan negeri perlu tegas, bukan takut dengan pembela peneroka haram
3 jam lalu
[VIDEO] Anwar dalam diam ‘sedekah’ jawatan pada anak sendiri
17 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok