Kematian kekal satu angka

February 4, 2022 · Isu semasa

Kes kematian akibat komplikasi Covid-19 di Malaysia kekal satu digit untuk tiga hari berturut-turut sejak 1 Februari lalu, lapor Kementerian Kesihatan (KKM), hari ini.

Sebanyak lapan kematian akibat Covid-19 dilaporkan di lima negeri dalam tempoh 24 jam semalam, 3 Februari 2022, menurut laman sesawang KKM, Covidnow, yang dikemas kini pagi ini.

Tiada pesakit Covid-19 meninggal dunia sebelum sempat diberi rawatan di hospital atau kes ’brought in death’ (BID), semalam.

Jumlah terbaharu itu menjadikan kumulatif kematian sebanyak 32,000 kes, termasuk 6,449 kes BID, kata KKM.

Daripada semua kes kematian itu, Perak mencatat tiga kes kematian menjadikan jumlah terkumpul pesakit meninggal dunia akibat Covid-19 di negeri itu sejak awal 2020 lalu sebanyak 1,441 kes.

Sehingga semalam, Perak merekodkan 133,803 kumulatif kes positif dengan 130,704 pesakit telah sembuh, dan 1,658 kes masih aktif. Sebanyak 23 daripada 416 kluster yang dikesan di negeri itu, juga masih aktif.

Daripada jumlah kes aktif itu, seramai 1,360 pesakit menjalani kuarantin di rumah; 51 ditempatkan di PKRC; 235 dimasukkan ke hospital; dan 12 dirawat di unit rawatan rapi (ICU), dengan tujuh daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sehingga semalam, 1,654,936 atau 88.8 peratus individu dewasa di Perak telah lengkap divaksinasi, manakala 1,673,231 atau 89.8 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos, dan 778,118 atau 41.8 peratus lagi menerima dos penggalak.

Daripada 23 kluster yang masih aktif itu pula, 14 melibatkan kluster pendidikan, tempat kerja (empat); komuniti (tiga); dan kumpulan berisiko tinggi (dua).

Bagi kes kematian di negeri-negeri lain, Kedah mencatat dua kes, diikuti masing-masing satu di Johor, Kelantan dan Pahang.

Sehingga semalam, negara merekodkan 2,887,780 kumulatif positif, dengan 2,794,354 pesakit telah sembuh, dan 61,426 kes masih aktif, meningkat 1,744 kes berbanding kelmarin sebanyak 59,682 kes.

Daripada jumlah kes aktif itu, 53,805 pesakit menjalani kuarantin di rumah; 4,209 ditempatkan di PKRC, 3,298 dimasukkan ke hospital; dan 114 pesakit dirawat di ICU, dengan 56 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Berita berkaitan
Bakal jemaah haji tidak boleh terus bergantung bantuan kewangan kerajaan
September 21, 2022· Isu semasa
Harga sawit tinggi, nilai ringgit masih terkawal semasa Muhyiddin jadi PM
September 21, 2022· Politik
Semasa PKP pun nilai ringgit tak seteruk ini, tapi UMNO masih nak PRU-15 segera
September 20, 2022· Isu semasa
Golongan berisiko digalakkan memakai pelitup muka
September 15, 2022· Isu semasa
Popular
Polis siasat penghuni madrasah dakwa didera ala militan: Arjunaidi
September 23, 2022
Najib ke mahkamah sambung kes RM2.28b 1MDB selepas keluar hospital
September 26, 2022
Pengurus bank sahkan lebih RM90 juta masuk akaun peribadi Najib
September 26, 2022
1,608 kes baharu, dua kematian
September 26, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Dakwaan murid hampir diculik: Polis Perak tubuh pasukan khas siasatan
1 jam lalu · Isu semasa
Jenayah siber: 12,092 kes, RM414.8 juta hilang dari Januari-Julai 2022
1 jam lalu · Isu semasa
Zizie Izette mohon notis usul didengar bersama Bung Moktar
1 jam lalu · Isu semasa
14 Nov keputusan kes rampasan barangan mewah milik Najib dan Rosmah
2 jam lalu · Isu semasa
Pengurus bank sahkan lebih RM90 juta masuk akaun peribadi Najib
2 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Penganalisis ramal OPR naik lagi November depan
1 jam lalu
[VIDEO] Ismail Sabri, PM pertama berucap bahasa Melayu di PBB
September 24, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok