Kematian di Sarawak melonjak daripada dua kepada 40 kes semalam

Jumlah kematian akibat komplikasi Covid-19 dalam tempoh 24 jam semalam turun kepada 192 kes berbanding 208 yang direkodkan pada Rabu, menurut statistik terbaharu Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini.

Jumlah itu termasuk 47 pesakit meninggal dunia sebelum dibawa ke hospital atau ‘brought in death’ (BID), lapor KKM menerusi laman sesawang kendaliannya COVIDNOW.

Secara keseluruhan jumlah kematian akibat Covid-19 sejak pandemik itu melanda negara awal tahun lalu sehingga semalam mencecah 26,335 kes, termasuk 5,279 kes BID.

Berdasarkan statistik yang dikeluarkan KKM hari ini, dalam tempoh 24 jam lalu Sarawak merekodkan lonjakan tinggi kes kematian apabila mencatatkan 40 kes berbanding dua kes pada Rabu.

Enam negeri lain turut mencatat peningkatan kes kematian. Johor merekodkan 34 kematian semalam berbanding 30 pada Rabu; Perak (23 semalam, 8 Rabu); Terengganu (8 semalam, 7 Rabu); Kuala Lumpur (7 semalam, 4 Rabu); Melaka (4 semalam, 0 Rabu); dan Negeri Sembilan (2 semalam, 0 Rabu).

Data 30 September 2021.

Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK)

Jumlah individu dewasa yang melengkapkan suntikan vaksin Covid-19 sehingga semalam mencapai 86.3 peratus, sementara 94.2 peratus lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos, manakala 5.8 peratus lagi belum divaksin.

Secara keseluruhan lebih 42.14 juta dos vaksin diberikan kepada individu dewasa sejak PICK dilancarkan 24 Februari lalu dengan 22,042,703 individu dewasa menerima sekurang-kurangnya satu dos dan 20,202,624 penerima lagi lengkap divaksinasi.

Bagi PICK Remaja pula, sehingga semalam 1.7 peratus atau 52,774 remaja berusia 12 hingga 17 tahun lengkap divaksinasi, manakala 47.6 peratus atau 1,498,274 remaja lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Secara keseluruhan sebanyak 1,551,048 dos vaksin diberikan menerusi PICK Remaja. Semalam sahaja sebanyak 157,972 dos diberikan membabitkan 145,404 remaja menerima dos pertama dan 12,568 lengkap divaksinasi.

Mengikut data KKM keseluruhan pemberian vaksin sehingga semalam berjumlah hampir 43.7 juta dos melibatkan 23,540,977 atau 72.1 peratus dos pertama dan 20,255,398 atau 62.0 peratus lagi penerima lengkap divaksinasi.

Semalam sahaja sebanyak 329,163 dos diberikan membabitkan 167,443 penerima dos pertama dan 161,720 penerima lagi lengkap divaksinasi.

Kes aktif

KKM turut memaklumkan kes aktif di seluruh negara sehingga semalam berkurangan lagi kepada 164,536 kes berbanding 169,718 yang dicatat pada Rabu, dan 174,492 pada Selasa.

Daripada jumlah itu, 136,436 individu sedang menjalani kuarantin di rumah, turun daripada 140,598 pesakit yang dicatat pada Rabu, dan 144,631 (Selasa).

Pesakit yang dirawat di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) di seluruh negara juga turun daripada 18,957 kes yang direkodkan pada Rabu, kepada 18,263 kes semalam.

Sementara itu, jumlah pesakit Covid-19 yang sedang dirawat di hospital seluruh negara juga turun kepada 8,913 kes berbanding 9,185 yang dicatat pada Rabu dan 9,278 pesakit pada Selasa.

Daripada jumlah pesakit yang dirawat di hospital, Johor merekodkan seramai 1,377 pesakit, turun berbanding 1,486 pesakit pada Rabu diikuti Selangor (1,235 pesakit semalam, 1,258 Rabu); Sarawak (1,056 semalam, 1,045 Rabu); dan Sabah (1,030 semalam, 1,104 Rabu).

Seramai 839 pesakit dirawat di hospital seluruh Kelantan meningkat berbanding 799 pesakit pada Rabu; Perak (740 semalam, 763 Rabu); Pulau Pinang (541 semalam, 563 Rabu); Kedah (413 semalam, 410 Rabu); Pahang (383 semalam, 396 Rabu); dan Kuala Lumpur (341 semalam, 352 Rabu).

Terengganu (289 semalam, 301 Rabu); Negeri Sembilan (243 semalam, 271 Rabu); Melaka (220 semalam, 215 Rabu); Perlis (141 semalam, 164 Rabu); Putrajaya (64 semalam, 56 Rabu); dan Labuan (satu semalam, dua Rabu).

Unit rawatan rapi (ICU)

Sementara itu, KKM turut memaklumkan sehingga semalam 924 pesakit, termasuk 510 yang memerlukan alat bantuan pernafasan, dirawat di ICU di seluruh negara, turun berbanding 978 pesakit yang direkodkan pada Rabu.

Seramai 148 pesakit dirawat di ICU hospital seluruh Selangor, diikuti Sabah (125 pesakit); Sarawak (103); Perak (87); Pulau Pinang (83); Kedah (78); Johor (77); Kelantan (68); Kuala Lumpur (49); Pahang (33); Melaka (27); Terengganu (22); Negeri Sembilan (11); Perlis (10); Labuan (dua); dan Putrajaya (satu).

Kes baharu

Jumlah jangkitan Covid-19 di seluruh negara dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari semalam melonjak semula dengan tujuh negeri turut merekodkan peningkatan kes. Daripada 17,725 kes baharu yang dicatat hari ini, 884 membabitkan bukan warganegara Malaysia.

Sebanyak 220 kes atau 1.7 peratus adalah kategori 3, 4, dan 5; dan 12,515 kes (98.3 peratus) lagi pesakit kategori 1 dan 2.

Angka terbaharu itu menjadikan kumulatif keseluruhan sejak pandemik Covid-19 melanda negara pada awal tahun lalu sehingga semalam meningkat kepada 2,245,695 kes.

Kadar kebolehjangkitan

Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 30 September 2021 untuk seluruh negara adalah 0.90, dengan Putrajaya mencatat Rt 1.02, manakala negeri-negeri lain merekod Rt 0.83 hingga 0.99.

Kluster baharu

Sembilan daripada 15 kluster baharu yang dikesan dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari semalam melibatkan jangkitan di tempat kerja, manakala lima membabitkan kluster komuniti dan satu kumpulan berisiko tinggi.

Secara keseluruhan daripada kluster baharu itu, seramai 396 individu dijangkiti Covid-19, dengan 318 daripadanya membabitkan kluster tempat kerja; komuniti (67 individu); dan 11 individu daripada kluster kumpulan berisiko tinggi.

Kes sembuh

Dalam tempoh 24 jam semalam seramai 17,725 pesakit disahkan sembuh, meningkat berbanding 17,000 yang direkodkan pada Rabu.

Jumlah itu menjadikan kumulatif pesakit pulih sepenuhnya daripada jangkitan Covid-19 melebihi 2.05 juta individu berbanding 2,245,824 kumulatif kes positif.

BERITA BERKAIT
POPULAR