Kemasukan hospital pesakit Covid-19 meningkat: KKM

May 5, 2023 · Isu semasa

Sebanyak 4,963 kes Covid-19 dilaporkan bagi Minggu Epidemiologi ke-17 (ME 17/2023) iaitu dari 23 April hingga 29 April lalu.

Menurut KKM, jumlah kes baharu jangkitan meningkat tiga peratus berbanding minggu sebelumnya dengan kemasukan pesakit Covid-19 ke hospital turut meningkat kepada 5.8 peratus pada ME 17 berbanding 4.8 peratus pada minggu sebelumnya.

Ketua Pengarahnya, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan bagaimanapun berkata keadaan jangkitan Covid-19 di Malaysia masih terkawal dan perkhidmatan kesihatan serta kapasiti di hospital tidak terjejas.

Katanya, majoriti pesakit yang dimasukkan ke hospital adalah golongan berisiko tinggi seperti individu dengan komorbid dan warga emas, namun peningkatan itu tidak membebankan perkhidmatan kesihatan serta hospital masih beroperasi seperti biasa.

“Pesakit kategori 1 dan 2, meningkat daripada 1.4 kepada 1.8 per 100,000 populasi manakala pesakit kategori 3, 4, dan 5, meningkat daripada 1.3 kepada 2 peratus per 100,000 populasi.

“Bagi peratus pengisian katil fasiliti Covid-19 pada ME 17 pula, katil bukan kritikal, meningkat sebanyak tiga peratus; katil Unit Rawatan Rapi (ICU) meningkat tiga peratus manakala pesakit COVID-19 memerlukan alat bantuan pernafasan (ABP) meningkat sebanyak 0.2 peratus.

“Untuk makluman, peratus pengisian katil ICU Covid-19 pada 4 Mei (semalam) ialah 15 peratusmanakalakatil bukan kritikal Covid-19 ialah 23 peratus,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dr Muhammad Radzi berkata, sehingga ME 17 terdapat sebanyak 33 kluster yang masih aktif.

Katanya, satu kluster dilaporkan pada ME 17 iaitu penurunan sebanyak 75 peratus berbanding empat kluster pada ME sebelumnya.

“Kluster pada ME 17 adalah kluster kumpulan berisiko yang berlaku di pusat jagaan warga emas manakala empat kluster dilaporkan pada ME 16 membabitkan tiga kluster pendidikan dan satu kluster tempat kerja,” katanya.

Dalam pada itu beliau berkata, KKM menjangkakan kemungkinan sedikit peningkatan kes Covid-19 akan berlaku susulan pergerakan dan perjumpaan orang ramai ketika sambutan Hari Raya dan Hari Wesak.

“Sehubungan itu, KKM menggalakkan orang ramai untuk memakai pelitup muka sekiranya bergejala ketika aktiviti kunjung-mengunjung bagi melindungi keluarga, jiran dan sahabat handai daripada mendapat jangkitan Covid-19.

“Sesi persekolahan juga sudah bermula minggu ini dan bagi mengawal penularan di institusi pendidikan, pelajar, guru dan kakitangan dinasihatkan antaranya kerap mencuci tangan dengan pensanitasi serta memakai pelitup muka terutamanya bagi yang bergejala atau apabila berada di tempat tertutup, sempit dan sesak,

“Membuat penilaian kendiri tahap kesihatan serta tidak hadir ke institusi pendidikan sekiranya bergejala,” katanya.

Berita berkaitan
Radzi berharap Dr Noor Hisham terus menyumbang kepada negara
23 jam lalu· Isu semasa
Tuaran dikategori zon merah Covid-19 selepas kes meningkat
May 16, 2023· Isu semasa
Cuaca panas, KKM jangka kes strok haba meningkat
May 13, 2023· Isu semasa
Penduduk Malaysia dianggar 33.2 juta : Jabatan Perangkaan
May 11, 2023· Isu semasa
Popular
Terima ugutan sindiket along, Ketua Polis Pulau Pinang tak akan tunduk
June 3, 2023
Dakwaan P.Pinang milik Kedah, tak perlu takut kata Samsuri
June 3, 2023
Wanita cemas kereta terperangkap dalam banjir kilat di Klang
June 4, 2023
China mungkin tidak benarkan Jho Low balik Malaysia, kata Justo
June 4, 2023
Lagi Isu semasa terkini
China mungkin tidak benarkan Jho Low balik Malaysia, kata Justo
3 jam lalu · Isu semasa
Suri rumah hangus RM110,556 terperdaya sindiket penipuan
6 jam lalu · Isu semasa
Wanita cemas kereta terperangkap dalam banjir kilat di Klang
6 jam lalu · Isu semasa
Terima ugutan sindiket along, Ketua Polis Pulau Pinang tak akan tunduk
20 jam lalu · Isu semasa
Dakwaan P.Pinang milik Kedah, tak perlu takut kata Samsuri
June 3, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Sanusi di himpunan jentera PB Best Pulau Pinang
13 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Dominic di himpunan jentera PN Pulau Pinang
14 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok