[KEMAS KINI] Covid-19 terus mengganas: Angka tertinggi 9,020 hari ini

May 29, 2021 · Isu semasa

Sebanyak 9,020 kes baharu jangkitan Covid-19 dilaporkan di seluruh negara hari ini menjadikan kumulatif kes berjumlah 558,534, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Katanya, Selangor mencatatkan jangkitan harian tertinggi iaitu sebanyak 2,836 kes, diikuti Kelantan (907 kes) dan Negeri Sembilan (898 kes).

Enam negeri terus mencatat peningkatan bilangan kes harian tertinggi dengan lima daripadanya menunjukkan kenaikan membimbangkan.

Selangor sahaja hari ini menunjukkan peningkatan yang mengejutkan apabila jangkitan naik sebanyak 784 kes kepada 2,836 kes berbanding 2,052 kes yang dicatatkan pada Jumaat.

Manakala Kelantan pula merekodkan peningkatan kes harian baharu empat hari berturut-turut iaitu 907 pada hari ini, Jumaat (851), Khamis (754), Rabu (547), berbanding Selasa sebanyak 425 kes.

Wilayah Persekutuan Labuan pula daripada enam kes yang direkodkan pada Jumaat 28 Mei 2021, tetapi hari ini melonjak mendadak kepada 253 kes baharu positif jangkitan Covid-19.

Kes di Negeri Sembilan juga naik mendadak daripada 520 yang dicatatkan pada Jumaat menjadi 898 kes baharu hari ini, meningkat sebanyak 378 kes positif.

Perlis walaupun negerinya kecil namun peningkatan jangkitan hari ini juga membimbangkan apabila mencatatkan 19 kes, berbanding lapan kes semalam.

Berita berkaitan
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
22 jam lalu· Isu semasa
Mangsa banjir di tiga negeri sedikit menurun setakat malam ini
November 27, 2023· Isu semasa
Mangsa banjir di Kelantan meningkat, Terengganu turun dan Selangor kekal
November 27, 2023· Isu semasa
Polis Selangor sahkan terima laporan Agus berhubung rakaman tular
November 18, 2023· Isu semasa
Popular
Bekas ADUN DAP disabit kes rogol lantik Hisyam Teh ketuai pasukan pembelaan
December 1, 2023
Penganggur didakwa edar dadah Methamphetamine lebih 10 kg
December 1, 2023
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
November 29, 2023
Prof Agus dahulu tolak tawaran Anwar kini dilantik Pengarah J-KOM baharu
February 2, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Banjir di Johor: 538 orang dipindahkan ke PPS, paras sungai naik
2 jam lalu · Isu semasa
Penganggur didakwa edar dadah Methamphetamine lebih 10 kg
3 jam lalu · Isu semasa
Bekas ADUN DAP disabit kes rogol lantik Hisyam Teh ketuai pasukan pembelaan
3 jam lalu · Isu semasa
SPR jangka 70 peratusan keluar pengundi pada PRK Kemaman esok
3 jam lalu · Isu semasa
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
November 29, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Litar lumba projek terbengkalai BN, bukan projek Sanusi
8 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Tuan Ibrahim di ceramah PAS Gong Limau
14 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok