
Data 8 Jun 2021
Sebanyak 76 kematian akibat jangkitan Covid-19 direkodkan dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi menjadikan kumulatif naik kepada 3,536 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan hari ini berkata daripada jumlah itu 75 membabitkan warganegara dan satu bukan warganegara.
Katanya, Selangor mencatatkan kematian tertinggi harian dengan 18 kes diikuti 13 di Johor, sembilan kes di Negeri Sembilan, lapan kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, dan tujuh kes di Wilayah Persekutuan Labuan.
Terdahulu beliau memaklumkan sebanyak 5,566 lagi kes positif Covid-19 baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi menjadikan kumulatif kes naik kepada 627,652.
“Jumlah mereka yang sembuh pula ialah 6,962 menjadikan kumulatif kes sembuh sebanyak 541,319 atau 86.3 peratus. Sebanyak 82,797 kes pula masih aktif,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Data 8 Jun 2021
Dr Noor Hisham juga berkata 903 kes dirawat di unit rawatan rapi dengan 458 memerlukan alat bantuan pernafasan.
“Jumlah kluster baharu yang dikesan ialah sebanyak 24, manakala kluster yang telah tamat adalah 1,655. Sebanyak 730 kluster masih aktif,” katanya.
Kluster baharu yang dikesan membabitkan lima di Sabah; masing-masing empat di Selangor dan Johor (empat); masing-masing dua di WP Kuala Lumpur dan Sarawak; dan masing-masing satu di Kedah, WP Putrajaya, Pulau Pinang, Kelantan, Pahang, Perak, dan Negeri Sembilan.
Lima belas daripada kluster yang dikesan itu membabitkan tempat kerja, komuniti (lima), Kumpulan Berisiko Tinggi (tiga) dan keagamaan (satu).