[KEMAS KINI] 75 kematian, 6,239 kes baharu

Sebanyak 75 kematian akibat Covid-19 direkodkan di seluruh negara dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 3,611, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Dalam tempoh itu katanya seramai 7,386 pesakit telah sembuh menjadikan kumulatif kes sebanyak 548,705.

“Sebanyak 905 kes masih dirawat di unit rawatan rapi dengan 453 memerlukan bantuan alat pernafasan. Sebanyak 81.575 kes masih aktif,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu beliau memberitahu 6,239 lagi kes baharu positif Covid-19 direkodkan, termasuk 11 daripadanya adalah kes import yang membabitkan tujuh warganegara dan empat bukan warganegara.

Beliau berkata, sebanyak 15 kluster baharu turut dikesan menjadikan jumlah kluster aktif sebanyak 734.

Kluster baharu yang dikesan membabitkan enam di Selangor, masing-masing dua di Kelantan dan Sabah, serta masing-masing satu di Terengganu, Pulau Pinang, Kedah, Perak, Johor dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Katanya, 13 daripada kluster terbabit dikategorikan sebagai tempat kerja, komuniti (satu) dan Institusi Pendidikan Swasta (satu).

Data 9 Jun 2021

BERITA BERKAIT
POPULAR