[KEMAS KINI] 12,105 kes baharu semalam

Jangkitan Covid-19 di seluruh negara dalam tempoh 24 jam semalam (Rabu, 6 April) meningkat lagi apabila mencatat 12,105 kes baharu, berbanding 12,017 pada Selasa.

Jumlah itu menjadikan kumulatif positif sejak kes pertama Covid-19 dikesan di negara ini pada Januari 2020 lalu meningkat kepada 4,280,591 kes, lapor Kementerian Kesihatan (KKM), hari ini.

Sehingga semalam seramai 4,083,183 pesakit telah pulih, 35,192 kematian direkodkan, dan 162,216 kes masih aktif, termasuk 158,343 pesakit menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 373 pesakit lagi ditempatkan di PKRC; 3,279 dimasukkan ke hospital; dan 221 pesakit dirawat di unit rawatan rapi (ICU), dengan 122 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Laman sesawang CovidNOW yang dikemas kini tengah malam tadi menunjukkan sembilan negeri mencatat peningkatan jangkitan harian semalam, tetapi semuanya tidak melepasi empat digit.

Negeri berkenaan ialah Negeri Sembilan, Perak, Pulau Pinang, Terengganu, Sarawak, Pahang, Melaka, Putrajaya dan Perlis.

Manakala tujuh negeri yang mencatat penurunan kes harian ialah Selangor, Kuala Lumpur, Johor, Kedah, Sabah, Kelantan, dan Labuan.

Negeri Sembilan kini mencatat kumulatif positif sebanyak 192,874 kes, dengan 184,465 pesakit telah pulih, 1,463 kematian, dan 6,946 kes masih aktif, termasuk 6,813 pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah.

Manakala, 31 pesakit lagi ditempatkan di PKRC; 96 dimasukkan ke hospital; dan enam pesakit dirawat di ICU, dengan dua daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Berikut adalah pecahan kumulatif positif mengikut negeri sehingga 6 April 2022:

  • Selangor – 1,240,038;
  • Johor – 375,741;
  • Sabah – 368,606;
  • Kuala Lumpur – 333,083;
  • Sarawak – 301,085;
  • Kedah – 294,431;
  • Pulau Pinang – 270,845;
  • Kelantan – 245,962;
  • Negeri Sembilan – 192,874;
  • Perak – 192,692;
  • Pahang – 167,994;
  • Terengganu – 122,825;
  • Melaka – 118,077;
  • Labuan – 21,055;
  • Putrajaya – 18,365; dan
  • Perlis – 16,918.

Pecahan kes Covid-19 mengikut negeri-negeri pada 6 April 2022.

BERITA BERKAIT
POPULAR