Kemandirian kekuatan umat Islam hadapi cabaran global: Muhyiddin

May 18, 2022 · Isu semasa

Umat Islam perlu melengkapkan diri dan memiliki ketahanan mandiri dalam menghadapi pelbagai isu yang mendepani global sekarang ini, khususnya berkaitan ekonomi dan cabaran Islamofobia.

Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata selain itu umat Islam juga perlu mempunyai jati diri yang kukuh dalam pelbagai sudut supaya menjadi contoh kepada penganut agama lain.

“Perbincangan mengenai toleransi antara agama akan menjadi lebih mudah jika umat Islam ada jati diri yang kukuh daripada pelbagai sudut.

“Umat Islam perlu menjadi contoh yang terbaik sebagaimana yang ditonjolkan oleh Rasulullah SAW,” katanya dalam kenyataan selepas pertemuan dengan deligasi Majlis Hukama Muslimin (MCE) yang berpangkalan di Emiriah Arab Bersatu (UAE) semalam.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu menerima kunjungan Setiausaha Agung MCE, Mohamed Abdelsalam serta anggota jawatankuasa MCE Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, semalam.

Muhyiddin berkata pada pertemuan itu beliau menekankan soal kemandirian umat Islam untuk menghadapi pelbagai isu semasa terutama ekonomi dan cabaran Islamofobia.

“Saya melihat peluang yang amat luas untuk memperkukuh kerjasama antara Majlis Hukama Muslimin dan Malaysia bagi manfaat ummah secara keseluruhannya,” katanya.

MCE adalah sebuah badan bebas antarabangsa yang memberi fokus kepada usaha-usaha memperkukuh kefahaman Islam, menyebarkan keamanan dan toleransi antara agama.

Majlis ini dilancarkan pada 21 Ramadan 1435 Hijrah bersamaan 18 Julai 2014 bagi mempromosikan keamanan dalam kalangan masyarakat Islam. Ia diasaskan dan masih diketuai oleh Syeikhul Azhar, Prof Dr Ahmad Muhammad al-Tayyib.

Majlis ini beribu pejabat di ibu negara Abu Dhabi.

Selain itu, MCE juga bekerjasama untuk menggalakkan keamanan, menolak perbalahan dan menangani punca konflik dan perpecahan dalam masyarakat Islam.

Berita berkaitan
Laman akaun Facebook tak boleh diakses jutaan pengguna
March 5, 2024· Isu semasa
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Ideologi yang berbeza,hala tuju yang tidak jelas Kerajaan Perpaduan
January 1, 2024· Rencana
Kerajaan sedar tak rakyat sedang tertekan hari ini? soal Senator UMNO
December 13, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Punca penderaan di taska meningkat
April 24, 2022
SPRM ambil keterangan kedua Menteri DAP: Laporan
April 19, 2023
Malaysia tuan rumah Sukan SEA 2027
May 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok