Kelulusan RM360 juta oleh Bank Islam bagi biaya program vaksin

November 28, 2021 · Isu semasa

Bank Islam Malaysia Bhd sudah meluluskan kemudahan pembiayaan berjumlah RM360 juta untuk Pharmaniaga Bhd dan Selgate Healthcare Sdn Bhd untuk perolehan, pengeluaran dan pengedaran vaksin COVID-19 sebagai sokongan kepada Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Bank Islam Group Mohd Muazzam Mohamed berkata kemudahan pembiayaan yang diluluskan dengan terma dan syarat fleksibel itu bagi membantu syarikat terlibat dalam rantaian bekalan berkaitan Covid-19 untuk mendapatkan bekalan yang diperlukan, lapor Bernama.

“Pada masa ini, pendedahan bank terhadap industri penjagaan kesihatan berjumlah lebih RM250 juta dan kami turut menyediakan kemudahan kewangan kepada syarikat dengan keperluan segera untuk melawan pandemik ini secara efektif.

“Dengan pengenalan suntikan penggalak untuk membendung penularan virus ini dengan lebih baik, Bank Islam berbesar hati untuk membiayai Pharmaniaga dan Selgate untuk membekalkan vaksin yang diperlukan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam kenyataan sama, Pengarah Urusan Pharmaniaga Group Datuk Zulkarnain Md Eusope berkata syarikat bersedia untuk menyediakan vaksin Covid-19 jenis Sinovac kepada kerajaan negeri dan sektor swasta sebaik sahaja kebenaran diperoleh daripada Pihak Berkuasa Kawalan Dadah, sebagai dos penggalak.

“Syarikat menjangka permintaan daripada pelbagai sektor dalam mendapatkan dos suntikan penggalak untuk membantu merangsang pertumbuhan ekonomi sebagai sebahagian daripada Pelan Pemulihan Negara,” katanya.

Sementara itu, CEO Kumpulan Selgate Corporation Noor Hisham Mohd Ghouth berkata kemudahan pembiayaan daripada Bank Islam amat membantu, terutamanya dalam krisis semasa apabila kecairan kekal sebagai kunci utama dalam menjaga kehidupan rakyat.

“Berikutan kejayaan memvaksinasi lebih 90 peratus populasi dewasa pada Oktober 2021, kami sedang bersiap sedia untuk menyediakan dos suntikan penggalak kepada penerima vaksin Sinovac sebelum ini melalui program SELVAX dan mana-mana individu berumur lebih 18 tahun yang ingin mendapatkan dos suntikan penggalak,” katanya.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
19 jam lalu · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
19 jam lalu · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok