Kelulusan pindaan RUU MA63 beri maruah kepada Sabah, Sarawak

December 14, 2021 · Isu semasa

Kelulusan Rang Undang-Undang (RUU) meminda Perlembagaan Persekutuan berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), di Dewan Rakyat hari ini, benar-benar memberi pengiktirafan kepada tuntutan dan status istimewa Sabah dan Sarawak apabila menyertai Malaysia,

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata pindaan itu akan menyaksikan MA63 diletakkan setaraf dengan Perjanjian Persekutuan 1948 dan Perjanjian Persekutuan 1957.

Memetik Bernama, beliau berkata ini berikutan ia memperincikan peringkat pembentukan dan hala tuju Malaysia daripada Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan hala tuju Persekutuan Tanah Melayu 1957 apabila Perlembagaan Persekutuan diterima pakai pada 1957.

“Apabila Malaysia dibentuk pada 1963, kecuali beberapa perkara mengenai kawal lindung, perundangan dan kedudukan istimewa yang telah dipersetujui, beberapa janji dalam MA63 tidak dimasukkan dalam Perlembagaan Persekutuan dan oleh itu Perjanjian itu sendiri tidak diiktiraf.

“Apa yang kami lakukan di sini adalah untuk meletakkan MA63 dalam Perlembagaan Persekutuan untuk menjadi Malaysia yang sebenar dalam konteks tiga perjanjian – Perjanjian Persekutuan 1948, Perjanjian Persekutuan 1957 dan MA63.

“Ia memberi maruah kepada Sabah dan Sarawak sebagai sebahagian daripada Malaysia, yang kemudiannya mewujudkan negara ini,” katanya dalam kenyataan berikutan kelulusan pindaan itu hari ini.

Wan Junaidi seterusnya berkata dengan mengiktiraf MA63 dalam Perlembagaan Persekutuan, kerajaan kini boleh merujuk kepada semua janji yang dibuat pada 1963 secara terperinci dan dinyatakan dalam laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC), yang merupakan kajian mendalam Laporan Suruhanjaya Cobbold mengenai tuntutan Sabah dan Sarawak.

Sementara itu, Presiden Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata tujuh Ahli Parlimen Warisan menyokong pindaan Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 2021 kerana Perkara 1(2) merupakan satu daripada perkara utama dalam Perlembagaan Persekutuan yang menyentuh status Sabah Sarawak.

“Kami ingin tegaskan bahawa kami boleh bersetuju dengan perkara-perkara yang memberikan kebaikan untuk negara dan Sabah tanpa perlu menandatangani MoU (Memorandum Persefahaman) dengan kerajaan dan Pakatan Harapan,” katanya dalam sidang media di bangunan Parlimen hari ini.

Sidang media itu turut dihadiri Datuk Ignatius Dorell Leiking (Penampang), Datuk Mohd Azis Jamman (Sepanggar), Isnaraissah Munirah Majilis (Kota Belud), Ma’mun Sulaiman (Kalabakan), Ahmad Hassan (Papar) dan Datuk Rozman Isli (Labuan).

Berita berkaitan
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024· Politik
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024· Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Rahman Dahlan nafi UMNO Sabah sudah muktamadkan kerjasama dengan Warisan
December 15, 2023· Politik
Popular
SPRM ambil keterangan kedua Menteri DAP: Laporan
April 19, 2023
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Tak boleh ulas isu bekas KSN terima elaun RM30,000 sebulan daripada 1MDB
June 12, 2022
Cagar caruman KWSP untuk pinjaman bank mulai 7 April
April 3, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok