Kelulusan permohonan pasport dalam talian di kaunter

June 10, 2022 · Isu semasa

Pasukan khas yang terdiri daripada pegawai imigresen akan ditempatkan di kaunter-kaunter dengan tugas mereka hanya memberi kelulusan permohonan pasport secara dalam talian.

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata langkah itu antara penambahbaikan yang dilaksanakan bagi mengatasi masalah kesesakan ekoran peningkatan mendadak permohonan dan memperbaharui Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA), lapor Bernama.

Beliau berkata pasukan itu akan ditempatkan di pejabat imigresen sekitar Lembah Klang minggu hadapan selepas pelaksanaannya di Johor Bahru, Johor baru-baru ini menampakkan keberkesanan untuk mempercepatkan proses, sekali gus mengurangkan kesesakan di pejabat dan kaunter imigresen.

“Nampaknya ia berjaya dan formula itu (di Johor Bahru) akan digunakan untuk Lembah Klang,” katanya dalam sidang media hari ini.

Khairul Dzaimee berkata Jabatan Imigresen sedang mengumpulkan pegawai dari beberapa negeri untuk menganggotai pasukan itu bagi penempatan di Lembah Klang.

Berita berkaitan
Bapa saman bekas isteri, kerajaan RM25 juta dalam kes anak dilarikan
June 2, 2022· Isu semasa
Ramai rakyat Malaysia terkandas di Thai berdepan denda, disenarai hitam
June 1, 2022· Isu semasa
Tuduhan tahan jurutera warga China lapan jam tak benar: Imigresen
April 17, 2022· Isu semasa
Bekas Pengerusi Felda disabit rasuah diberi pasport sementara ke UK
March 11, 2022· Isu semasa
Popular
Zahid dakwa tertekan, tak nafi guna dana YAB bayar kad kredit
June 30, 2022
Operasi cari 10 pemancing, 3 kru bot hilang diperluas: APMM
July 1, 2022
Mahkamah tangguh keputusan kes rasuah Azeez buat kali terakhir
July 1, 2022
Keputusan kes rasuah Rosmah diubah kepada 1 September
July 1, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Annuar perjelas punca harga barang naik
59 minit lalu · Isu semasa
Kekurangan doktor di HKL, HTA hanya sementara
1 jam lalu · Isu semasa
Permohonan Irwan, Arul Kanda batal saman 1MDB didengar 19 Okt
1 jam lalu · Isu semasa
Guan Eng menang kes saman terhadap dua akhbar bahasa Cina
1 jam lalu · Isu semasa
Tiada syarikat di Malaysia ada lesen import, jual air zam zam: KKM
1 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[FOTO] Himpunan bantahan kenaikan harga
3 jam lalu
[VIDEO] Marah disaman tiada lesen, langgar kereta JPJ sehingga terbalik
June 30, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok