Keluarga mangsa LRT tuntut ganti rugi RM1.8 juta daripada Prasarana

May 31, 2021 · Isu semasa

Keluarga seorang daripada penumpang Transit Aliran Ringan (LRT) yang cedera setelah dua tren bertembung pada malam 24 Mei lalu, bercadang menuntut ganti rugi sebanyak RM1.8 juta daripada Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana).

Surat peguam mewakili keluarga mangsa, Wong Chee Foong, 52, yang cedera teruk di kepala, muka dan tulang belakang dan sedang menjalani beberapa pembedahan, menuntut ganti rugi kerosakan dan kecuaian sudah dihantar kepada Prasarana.

Wong dilaporkan masih menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) dan belum sedar, kata kenyataan peguam keluarganya, Jazzmine Khoo.

Katanya, tuntutan itu merangkumi perbelanjaan perubatan, kerosakan fizikal, tekanan mental dan emosi, trauma, kehilangan pendapatan, kerosakan khas dan umum dan atas sebab kecuaian.

“Pada 24 Mei, hari malang nahas berlaku mangsa dalam perjalanan pulang dari kerja di mana dia menaiki tren dari Stesen KLCC dan sepatutnya turun di Stesen Masjid Jamek bagi menukar tren ke Cheras.

“Wong Chee Foong, 52, adalah antara mangsa yang cedera serius dan sekarang dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur – unit rawatan rapi (ICU).

“Mangsa bekerja sebagai cef di sebuah hotel lima bintang. Dia mempunyai empat anak berusia antara tiga dan 15 tahun. Mangsa juga adalah satu-satunya pencari nafkah keluarga,” katanya

Khoo juga menekankan kenyataan Prasarana di mana syarikat itu mengatakan akan menawarkan pampasan sebanyak RM1,000 kepada setiap mangsa dan mengurus perbelanjaan perubatan mereka dan kehilangan pendapatan.

“Mengecewakan, hingga hari ini tidak ada respond atau pendekatan oleh Prasarana untuk berhubungan dengan keluarga mangsa. Bagaimanapun, keluarga mangsa juga menyatakan bahawa RM1,000 tersebut bukanlah jumlah pampasan yang dibenarkan untuk mangsa kerana ganti rugi yang dialami oleh mangsa lebih besar.

“Keluarga mangsa juga berharap Prasarana akan menjawab surat itu dan akan mengemukakan cadangan penyelesaian yang baik dan lebih wajar tidak lama lagi,” kata peguam berkenaan.

Pada 24 Mei lalu sebuah tren LRT yang membawa 213 penumpang bertembung dengan sebuah tren kosong yang sedang diuji di dalam terowong antara Kampung Baru dan Stesen KLCC, kira-kira jam 8.33 malam.

Akibat pertembungan itu 47 penumpang cedera parah manakala 166 lagi cedera ringan. Tiga daripada mereka dimasukkan ke ICU HKL kerana parah.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata Wong akan menjalani pembedahan tulang belakang yang akan membabitkan kos sehingga RM24,000 bagi memasukkan plat titanium, skru dan beberapa peralatan lain, yang mana semua kos itu akan ditanggung oleh Prasarana.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Laporan Utusan juga sahkan Najib kini berada di hospital bukan penjara
December 1, 2022· Isu semasa
Najib tiba-tiba dirawat di HKL? Ada apa-apa ke?
November 30, 2022· Politik
LRT laluan Kelana Jaya kembali beroperasi sepenuhnya pagi ini.
November 14, 2022· Isu semasa
LRT Stesen Kelana Jaya, Ampang Park dihentikan sementara operasi 7 hari
November 9, 2022· Isu semasa
Popular
Lantikan Zahid sebagai TPM bukti kerajaan baharu bersih
December 2, 2022
Kes Hakim Syarie berbogel, polis dalam proses rakam keterangan saksi
January 13, 2022
Sembilan pertuduhan rogol, amang seksual dihadapi penceramah bebas
November 29, 2022
Polis buru ‘orang minyak’ pecah masuk rumah di Shah Alam
April 9, 2022
Lagi Isu semasa terkini
2,421 kes baharu, 9 kematian
20 jam lalu · Isu semasa
Lantikan Zahid sebagai TPM bukti kerajaan baharu bersih
December 2, 2022 · Isu semasa
Pelajar Kafa duduki ujian dalam banjir
December 2, 2022 · Isu semasa
2,375 kes baharu, 11 kematian
December 2, 2022 · Isu semasa
MetMalaysia keluar amaran hujan berterusan di Kelantan, Terengganu hingga Sabtu
December 2, 2022 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Jangan berkira duit balik mengundi demi bangsa dan agama
December 3, 2022
[VIDEO] Ucapan Sanusi di PRK Padang Serai
December 3, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok