Keluarga Malaysia gagal, tapi DAP sedia sokong Bajet 2022: Guan Eng

November 14, 2021 · Isu semasa

Pemimpin kanan DAP, Lim Guan Eng mendakwa gagasan Keluarga Malaysia yang diperkenalkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob adalah gagal kerana tidak adil kepada kaum Cina dan India.

Setiausaha Agung DAP itu berkata peruntukan dalam Bajet 2022 bagi kaum Cina dan India masih rendah apabila hanya RM345 juta sahaja diberi tetapi kepada kaum Bumiputera pula sebanyak RM9 bilion diberi dan menggesa ia perlu dikaji serta ditingkatkan.

“DAP tidak pernah menentang peruntukan berjumlah lebih RM9 bilion kepada kaum Bumiputera dalam Belanjawan 2022, baru-baru ini. Namun, kami mempersoalkan peruntukan kira-kira RM345 juta kepada kaum Cina dan India.

“Peruntukan kerajaan Perikatan Nasional (PN) kepada kaum Cina dan India amat rendah jika hendak dibandingkan apa yang diberikan Pakatan Harapan (PH) ketika menjadi kerajaan Persekutuan,” katanya hari ini.

Beliau terdahulu berucap semasa pembukaan Konvensyen Biasa DAP Negeri Selangor 2021 di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC).

Bagaimanapun, Guan Eng tidak menyatakan sama ada akan menyokong atau menolak Bajet 2022 yang sedang dibahaskan di Parlimen, ia memberi isyarat tidak akan menentang daripada Bajet 2022 diluluskan.

Bajet 2022 yang dibentangkan Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada 29 November lalu memperuntukkan sejumlah RM11.4 billion kepada kaum Bumiputera dari segi bantuan, pendidikan dan pemerkasaan syiar Islam.

Manakala bagi kaum Cina, sejumlah RM200 juta dan RM145 juta kepada kaum India diperuntukkan bagi tujuan sama.

Pada 13 September lalu, blok pembangkang, Pakatan Harapan (PH) dan kerajaan menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) Transformasi dan Kestabilan Politik yang berlangsung di Parlimen.

MoU berkenaan yang membentuk satu kerjasama ‘dwipartisan’ dengan menjulang semangat Keluarga Malaysia, mempunyai enam agenda merangkumi pemerkasaan pelan Covid-19, transformasi pentadbiran, pembaharuan Parlimen, kebebasan institusi kehakiman, Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan pembentukan jawatankuasa pemandu.

Untuk rekod, tawaran kerjasama tersebut sebelum ini pernah dibuat oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum meletak jawatan tetapi ditolak mentah-mentah pembangkang.

Hanya dengan kerajaan baharu diterajui UMNO sahaja Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tunduk dan menerima tawaran MoU tersebut, begitu takut beliau kepada UMNO sehingga mengadaikan prinsip perjuangannya sebelum ini.

Berita berkaitan
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024· Politik
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024· Politik
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
18 jam lalu · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
18 jam lalu · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok