Keluarga B40 bertambah, MPN gesa usaha pulih ekonomi dipercepat

July 2, 2022 · Isu semasa

Majlis Pemulihan Negara (MPN) yakin jumlah golongan B40 – pendapatan isi rumah di bawah RM4,850 – semakin bertambah susulan pandemik Covid-19, tatkala usaha memulihkan ekonomi negara sedang dijalankan.

Pengerusi MPN Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pertambahan itu disebabkan sesetengah individu yang sebelum ini dikategorikan sebagai golongan M40 turut terkesan akibat Covid-19 hingga menjejaskan pendapatan mereka dan jatuh dalam kategori B40.

“Satu daripada kesan yang besar pandemik Covid-19 ialah kadar kemiskinan kita meningkat dan bertambah. Ramai orang kita yang jatuh miskin. Sebahagiannya (M40) mungkin bankrap atau tak boleh memula operasi dan kedudukan mereka juga sudah jatuh dalam kategori B40.

“Kalau diteliti semula, apakah kumpulan B40 kekal pada tahap dahulu… B40 ada kategori lagi… jadi kumpulan B40 ini sesetengahnya telah jatuh miskin… jadi papa kedana pun ada… susah pun tak boleh hidup lagi.

“Yang M40 pula… kerana perniagaan mereka sudah agak runtuh. Sebahagiannya mungkin bankrap atau tak boleh memulakan operasi sudah jatuh ke bawah kategori B40 jadi B40 sudah jadi B60.

“Tapi jelas terbukti, bilangannya sudah jatuh… miskin bertambah,” katanya berucap pada program bersama MPN di Kota Bharu, hari ini.

B40, M40 dan T20 adalah takrifan yang digunakan bagi pendapatan isi rumah rakyat Malaysia, di mana B40 adalah 40 peratus dengan pendapatan di bawah 4,850; M40 (40 peratus – RM10,970) dan T20 (20 peratus – RM15,041 dan ke atas)

Sehubungan itu, Muhyiddin yang juga bekas Perdana Menteri berkata bebanan tanggungjawab untuk memulihkan negara tidak boleh hanya diletakkan di bahu MPN sahaja, sebaliknya semua pihak, terutama kerajaan perlu mempercepatkan proses yang dicadangkan.

Beliau berkata majlis yang dianggotai pakar ekonomi dan menteri berkaitan hanyalah penasihat yang memberi pendapat kepada kerajaan bagaimana untuk memulihkan keadaan ekonomi negara selepas pandemik Covid-19.

“Dari segi pemulihan ekonomi, ada yang berpandangan negara perlu kembali kepada tahun sebelum 2019. Tapi kami di peringkat MPN berpendapat bukan kembali semula kepada keadaan sebegitu, sebaliknya seboleh mungkin menjadi lebih baik daripada itu.

“Sebab itu kita telah usulkan pada kerajaan bukalah sempadan. Saya ingat awal-awal Januari kadang-kadang buka tempat. Kerana lambat nak buka, banyak rugi.

“Tapi akhirnya kerajaan bersetuju untuk buka dalam bulan April… lambat sedikit tapi tidak terlalu cepat sangat,” katanya berucap pada majlis perjumpaan bersama MPN di Kota Bharu, hari ini.

Muhyiddin menegaskan MPN tidak mempunyai kuasa eksekutif sebaliknya tanggungjawab itu adalah milik kerajaan, sedangkan majlis berkenaan hanya memberi pandangan bagaimana untuk mempercepatkan pemulihan ekonomi.

Menurutnya walaupun sempadan negara telah dibuka sepenuhnya masih ada dua perkara yang menjadi penghalang kepada pemulihan ekonomi.

“Soal pertama ialah kewangan… pembiayaan… aliran wang tunai sebagai contoh. Soal kedua ialah pekerja. Iaitu pekerja sama ada di dalam negara ataupun pekerja yang dibawa daripada luar negara,” katanya.

Sehubungan itu, Muhyiddin yang juga bekas Perdana Menteri berkata tanggungjawab bersama melibatkan Kerajaan Persekutuan, negeri dan pihak berkuasa tempatan amat diperlukan dalam usaha pemilihan ekonomi.

Berita berkaitan
DAP semakin berani disebabkan UMNO hanya ‘penumpang’ dalam kerajaan
February 13, 2024· Politik
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
PN tiada dana untuk mulakan langkah tukar kerajaan, kata Hadi
January 5, 2024· Politik
Ideologi yang berbeza,hala tuju yang tidak jelas Kerajaan Perpaduan
January 1, 2024· Rencana
Popular
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
1MDB: Jho Low gelar Najib ‘Optimus Prime’, kata saksi
November 7, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok