Kelonggaran kepada penerima dua dos vaksin perlu bersyarat: KKM

August 6, 2021 · Isu semasa

Kementerian Kesihatan (KKM) mencadangkan kerajaan agar menjadikan beberapa prasyarat sebelum kelonggaran diberikan kepada individu yang telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin Covid-19.

Antara ialah kadar vaksinasi yang diterima oleh rakyat perlulah tinggi supaya tidak berlaku peningkatan kes baharu secara mendadak, selain memastikan prosedur operasi standard (SOP) dipatuhi sepenuhnya.

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan dan Sokongan Teknikal), Datuk Dr Hishamshah Mohd Ibrahim berkata jika prasyarat itu dapat dilaksanakan baharulah beberapa kelebihan bagi individu yag telah melengkapkan dua dos boleh diberikan.

“Kadar pematuhan prosedur operasi standard (SOP) tertentu perlu dilaksana juga kerana varian yang sedia ada lebih mudah disebarkan dan lebih berjangkit.

“Jadi kita perlu laksana pemakaian pelitup muka, utamakan penjarakan fizikal dan sebagainya dan tidak berkumpul dalam satu kumpulan yang ramai.

“Bila prasyarat yang kita katakan ini telah dapat dilaksanakan, saya rasa akan dibuat pengumuman apakah jenis-jenis kelebihan yang diberi untuk mereka yang telah melaksana dua dos vaksinasi,” katanya pada sidang media khas KKM hari ini.

Dr Hishamshah berkata KKM masih membincang mengenai apakah bentuk kelebihan yang boleh diberikan kepada individu yang telah menerima dua dos vaksinasi.

Beliau berkata pelaksanaan kelonggaran kepada penerima lengkap vaksinasi tidak perlu dibuat secara terburu-buru dan kerajaan bersama KKM perlu mengambil pendekatan yang berhati-hati.

Katanya, Malaysia perlu mengambil iktibar daripada pengalaman negara-negara yang memberikan kelebihan kepada individu lengkap vaksinasi.

“Mereka beri kelebihan kepada individu yang dah melaksanakan dua vaksinasi ini tetapi bila mereka lihat kembali keputusan itu, mereka rasa kebenaran kelebihan ini diberikan terlampau awal.

“Disebabkan oleh beri kelebihan terlampau awal, mereka biarkan aktiviti sosial terlampau bebas dan sebagainya, mereka melihat peningkatan kes,” katanya.

Berita berkaitan
Lokman Adam bebas tuduhan sebar berita palsu berkait Covid-19, vaksin
June 23, 2023· Isu semasa
Kertas putih vaksin, KJ tak salahkan PMX terima nasihat tak tepat
June 13, 2023· Isu semasa
Perolehan vaksin tanpa pengetahuan AGC : KKM sangkal dakwaan PM
June 12, 2023· Isu semasa
KKM beri peringatan jangan sertai perhimpunan haram
April 2, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Punca penderaan di taska meningkat
April 24, 2022
SPRM ambil keterangan kedua Menteri DAP: Laporan
April 19, 2023
Malaysia tuan rumah Sukan SEA 2027
May 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok